Assalamualaikum
Ahlan wasahlan ya Ramadhan......
Alhamdulilah sudah masuk bulan ramadhan rupanya. Telah lama ku tinggalkan laman "diari kecil" ini. Terasa rindu nak menaip tu tetap ada dihati tapi kerana kekangan masa tidak mengizinkan aku untuk menaip seperti dahulu. InsyaAllah sekiranya ada masa pasti akan aku rajin untuk menaip. Tidak berniat untuk terus melupakan tapi waktu yang tidak mengizinkan.
Oh ya! sebelum terlupa. Selamat Tahun Baru. hehehe tahu sudah lama nak mengatakan "happy new year" tapi tak apakan? hehehe Untuk umat Islam semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Puasa tau! jangan tak puasa pula. Dosa kalau tinggalkan dengan sengaja kecuali ada sakit tertentu. Itu baru boleh ditinggalkan tapi bukan bermakna tinggal macam tu saja. Wajib diganti ! Islam mudah sajakan :)
Azam tahun baru? Sama macam azam tahun lepas. Memperbaiki diri dan berusaha untuk berjaya seperti orang lain juga. Usaha , Doa dan Tawakal. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah. Kita sebagai manusia biasa teruskan berusaha dan berdoa kepada Allah, yang selebihnya berserah pada Allah. Rezeki itu tak perlu di cari tapi ianya hanya perlu dijemput. Rezeki itu telah ada depan mata kita sebenarnya. Itu yang kita tak tahu. Usaha menjemput rezeki itu hadir dalam hidup dengan berdoa kepada Allah, insyaAllah pasti akan Allah berikan pada kita.
Rezeki yang aku miliki sekarang datang dari Allah. Alhamdulilah! Allah telah perkenankan doaku. Terima kasih Ya Allah. kini aku telah berada di KLIA2 sudah hampir 9 bulan. Tak sangkakan? Lama juga aku berada diperantauan. Inilah kali pertama aku berada berada jauh dari keluarga. Nanti ada masa akan aku cerita perjalanan hidup ku disini. Dari hari pertama sehingga penghujungnya. Sampaikah ke penghujungnya? InsyaAllah pasti ada penghujungnya.......
Pada tahun ini juga, aku berpuasa diperantauan. Berpuasa, bersahur dan berbuka di tempat orang. Selama ini bersama keluarga. Inilah kali pertama bersendirian tanpa keluarga. Memang agak menyedihkan tapi harus membiasakan diri berada ditempat orang. Lama kelamaan pasti akan menjadi kebiasaankan?
Rasanya sudah tak tahu nak taip apa lagi. Tertiba tak ada idea nak menaip pula. hehehe Idea nak menaip tu ada tapi bila tiba satu masa tertentu pasti idea tu akan melimpah ke ladang gandum. hehehe. Hmmm baiklah untuk sahabat sekalian. Minta diri dululah. Nanti ada masa bersua kembali........
SELAMAT BERPUASA SEMUA ^_^