Bismillahirahmanirrahim
Aku
mengenali diri mu bukan atas kemahukan. Tidak pernah aku terfikir akan bertemu
dengan insan seperti mu. Sejak pertama kali aku bersua dengan mu. Bagai ada
rasa yang tidak pernah ku alami sebelum ini.
Dengarlah
pujaan hati,
Pertama
kali aku melihat diri mu. Timbul rasa benci teramat sangat dalam diriku
terhadap diri mu. Nak tahu kenapa aku membenci diri mu? Kerana kau teramat
sangatlah poyo. Kelakuan mu membuatkan diriku meluat terhadapmu.
Cara diri
mu bercakap dengan ku, seolah-olah diri mu lebih baik dari manusia lain. Ya!
Aku benci kau! Tu sebaris ayat yang telah ku ciptakan untuk dirimu dalam kalbu
hatiku. Entah mengapa, sebaris ayat itu menyakiti hati ku. Tersangat
menyakitkan. Argh!
Tapi!
Sejak ku
sedari tiada lagi kehadiran diri mu. Hatiku berasa sangat rindu. Kenapa perlu
ada rasa begini? Rindu? Ya! Aku sangat merindui
kau! Adakah terpahat ayat ini dalam hatiku?aduh! mengapakah aku jadi
begini? Kenapa aku merasakan ayat itu sedang menyeksa perasaan ku?
Setiap hari
aku menanti dirimu. Semakin hari semakin menebal rasanya rindu di hati ini.
Entah aku pun tak tahu kenapa hadirnya perasaan ini. Pernah ku cuba untuk
melupakan rindu di hati ini. Tapi kenapa rindu ini tak nak pergi? Duhai rindu,
mengapa kau masih di sini? pergilah!
Sayang,
Mengapa kau
tidak pernah lagi hadir seperti dulu? Tahukah kau, aku teramat merindui
senyuman, tutur bicara dan karenah mu? Dimanakah kau berada sekarang ini?
Kehilangan mu membuatkan ku tertanya-tanya. Adakah kau sudah jadi milik orang?
Jika sudah, Alhamdulilah.
Kini,
Kehadiran
mu tidak lagi ku nantikan. Langkah kaki ku kini semakin jauh. Segalanya telah
ku tinggalkan. Tidak mahu ku ingati lagi kenangan terindah yang pernah
menghantui hidup ku terdahulu.
Segalanya
ku telah berserah pada takdir. Hanya doa tulus ikhlas dari ku untuk mu tetap ku
berikan. Tidak pernah ku lupa akan diri mu dalam doaku.
Sekiranya
dengan izin Allah, pasti kita akan bertemu. Insya Allah. Sesungguhnya jodoh,
pertemuan, ajal dan maut segalanya Allah yang tentukan. Ku pasti kita akan
bertemu dengan keizinan Allah.
Danauhati.
Danauhati.