cukup umur? alhamdulilah

Bismillhirahmanirrahim….

Alhamdulilah! Alhamdulilah! Alhamdulilah!

15/November/2014

Kenapa dengan tarikh ini? Hahaha ini tarikh ulangtahun aku yang ke berapa eh? Hurmmmm yang ke 21 tahun. Eh! Sudah cukup 21 satu rupanya. Hehehe

Umur saja dah naik tapi ketinggian tak tinggi-tinggi pun. Hahaha tak mengapa. Asalkan stay cute. Hehehe

Tarikh ini juga merupakan tarikh nikah kawan baik aku. sudah setahun pun mereka nikah. Alhamdulilah. Dalam setahun tu, mereka dah pun mempunyai cahaya mata seorang. Huhuhu

Sungguh aku bersyukur ketika ini. Sebab apa eh? Sebabnya Allah telah beri peluang untukku bernafas sehingga sekarang. Alhamdulilah! Alhamdulilah!

Aku bersyukur juga, sebab ramai yang mendoakan aku menjadi seorang yang solehah yang mentaati kedua ibubapa ku. Terima kasih semua! Ku harap Allah memakbulkan doa sahabat semua. ^_^

Kini,

Aku telah meningkat dewasa. Dewasa okay! Bukan makin tua. Hehehe mana-manalah. Pengalaman mendewasakan kita. Yes! Betul! Pengalaman mendewasakan kita. Ambil pengalaman tu untuk jadikan tauladan, okay! Pelajari semula dari pengalaman dulu.

Sekarang aku telah bekerja di KLIA2. Sudah setahun juga aku kat tempat orang. Alhamdulilah! Akhirnya dapat juga aku mendikari ditempat orang.

Pesanan orang tua ku tetap ku ingat. Tak kira aku dimana, dalam ingatan ku tetap ada keluarga yang sentiasa memberi semangat untuk ku terus berjaya dalam hidup. Terima kasih mak abah dan adik-adik yang ku sayangi semua.

Kepada sahabat-sahabat ku, terima kasih juga yang setia ada di saat ku susah dan senang. Terima kasih juga sebab sentiasa menjadi penasihat dan pendengar yang setia. By the way ladies, I love you all. Eh! Jangan ingat aku tak ada kawan lelaki pula. Ada tapi aku cuba untuk menjarangkan keakraban kami. Perubahan? Ya! Tu yang sedang aku lakukan sekarang. Doakan aku ya! ^_^


Danauhati. 

imbas sejenak dulu

Bismillahirahmanirrahim....

Mencintai, merindui dan menyayangi....

Pernah ku lalui semua itu. Pernah ku alami semua itu kerana ku hanya insan biasa seperti insan lain yang mempunyai fitrah ingin disayangi dan dicintai.

Semua itu pernah dilalui oleh semua insan. Tak akan ada yang ketinggallan. Semuanya sudah menjadi fitrah semula jadi manusia yang Allah ciptakan untuk kita semua sebagai manusia biasa.

Ku akui aku terlalu sibuk sangat mencari cinta manusia sehingga aku alpa. Aku di kaburi dengan keindahan dunia semata-mata.

Aku terlalu dahagakan perhatian manusia, kadang aku merasa seperti aku tak boleh meneruskan kehidupan tanpa adanya kasih dari manusia. Terlalu mengharapkan kasih sayang yang tulus dari manusia sehingga aku terlupa kepada batas pergaulan ku.

Kerna terlalu seronok akan keindahan dunia, aku alpa menjaga ikhtilat ku. Allah!

Di saat aku kecewa, aku meratapi. Aku terluka. Menangis sehingga bengkak mataku. Fananya!

Kini...,

Aku telah menemui sesuatu dari kekecewaan tersebut. Aku bangkit semula dari kekecewaan tersebut.

Barulah ku sedar, ada satu lagi cinta yang tidak pernah ku cari. Aku lupa akan cinta-Nya. Kejamnya aku meninggalkan cinta sejati itu!

Ruginya aku! tersangat rugi. Aku rugi kerna meninggal cinta yang tulus setia menanti ku.
Allah!

Tersedar aku kini! pantas ku mendapatkan cinta-Nya secara pelahan-lahan. Cuba untuk aku meraih cinta-Nya. Alhamdulilah!

Kini aku berasa sangat bahagia! Bahagia dengan cinta Ilahi. Kasih sayang yang ku cari dulu, kini telah ku temui. Tenangnya rasa diri ini kini.

Alhamdulilah!

Allah masih beri peluang kepadaku untuk kembali kepada-Nya.

Kekecewaan dulu, hanya untuk menyedarkan aku akan kehadiran Nya dalam diriku. Allah ! kenapa aku tidak pernah sedar? Malunya ku rasa mengadap Mu ya Rabbi.

Semoga aku tidak terbabas lagi ya Rabbi. Peganglah hatiku agar aku terus meraih cinta Mu. Ameen

Danauhati.


Kalau Boleh Memilih

Bismillahirahmanirrahim


Sayang….

Kalau boleh aku pilih, aku lebih memilih untuk tidak dipertemukan dengan dirimu.

Tapi

Allah telah mempertemukan kita.

Siapalah kita nak melawan segala apa yang sudah tertulis untuk kita.

Sayang….

Kalau boleh aku pilih,

Aku lebih memilih untuk tidak mengenali dirimu,

Tapi…

Aku telah pun mengenali dirimu.

Tidak pernah aku minta untuk mengenali diri mu.

Segalanya Allah yang telah aturkan.

Indahkan!

Iya! Segala pertemuan Allah yang tentukan.

Disaat itu aku belajar menghormati mengenali seseorang yang tidak pernah aku mengenali.

Tapi itu semua sementara.

Allah telah hadirkan dirimu hanya sementara untuk aku mengenali dirimu

Allah telah berikan ku peluang untuk mengenali dirimu

Peluang itu hanya untuk seketika

Dan , aku sangat bersyukur kerna pertemuan itu hanya untuk seketika.

Allah telah mengambil semula apa yang telah diberikan kepada ku.

Biarlah Allah mengambil segalanya,

Aku bersyukur

Alhamdulilah!


Danauhati.

Detik Lalu

Bismillahirahmanirrahim
Aku mengenali diri mu bukan atas kemahukan. Tidak pernah aku terfikir akan bertemu dengan insan seperti mu. Sejak pertama kali aku bersua dengan mu. Bagai ada rasa yang tidak pernah ku alami sebelum ini.

Dengarlah pujaan hati,

Pertama kali aku melihat diri mu. Timbul rasa benci teramat sangat dalam diriku terhadap diri mu. Nak tahu kenapa aku membenci diri mu? Kerana kau teramat sangatlah poyo. Kelakuan mu membuatkan diriku meluat terhadapmu.

Cara diri mu bercakap dengan ku, seolah-olah diri mu lebih baik dari manusia lain. Ya! Aku benci kau! Tu sebaris ayat yang telah ku ciptakan untuk dirimu dalam kalbu hatiku. Entah mengapa, sebaris ayat itu menyakiti hati ku. Tersangat menyakitkan. Argh!

Tapi!

Sejak ku sedari tiada lagi kehadiran diri mu. Hatiku berasa sangat rindu. Kenapa perlu ada rasa begini? Rindu? Ya! Aku sangat merindui  kau! Adakah terpahat ayat ini dalam hatiku?aduh! mengapakah aku jadi begini? Kenapa aku merasakan ayat itu sedang menyeksa perasaan ku?

Setiap hari aku menanti dirimu. Semakin hari semakin menebal rasanya rindu di hati ini. Entah aku pun tak tahu kenapa hadirnya perasaan ini. Pernah ku cuba untuk melupakan rindu di hati ini. Tapi kenapa rindu ini tak nak pergi? Duhai rindu, mengapa kau masih di sini? pergilah!

Sayang,

Mengapa kau tidak pernah lagi hadir seperti dulu? Tahukah kau, aku teramat merindui senyuman, tutur bicara dan karenah mu? Dimanakah kau berada sekarang ini? Kehilangan mu membuatkan ku tertanya-tanya. Adakah kau sudah jadi milik orang? Jika sudah, Alhamdulilah.

Kini,

Kehadiran mu tidak lagi ku nantikan. Langkah kaki ku kini semakin jauh. Segalanya telah ku tinggalkan. Tidak mahu ku ingati lagi kenangan terindah yang pernah menghantui hidup ku terdahulu.

Segalanya ku telah berserah pada takdir. Hanya doa tulus ikhlas dari ku untuk mu tetap ku berikan. Tidak pernah ku lupa akan diri mu dalam doaku.

Sekiranya dengan izin Allah, pasti kita akan bertemu. Insya Allah. Sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut segalanya Allah yang tentukan. Ku pasti kita akan bertemu dengan keizinan Allah.

Danauhati.

FIRST ENTRY 2014

Assalamualaikum

Ahlan wasahlan ya Ramadhan......

Alhamdulilah sudah masuk bulan ramadhan rupanya. Telah lama ku tinggalkan laman "diari kecil" ini. Terasa rindu nak menaip tu tetap ada dihati tapi kerana kekangan masa tidak mengizinkan aku untuk menaip seperti dahulu. InsyaAllah sekiranya ada masa pasti akan aku rajin untuk menaip. Tidak berniat untuk terus melupakan tapi waktu yang tidak mengizinkan.

Oh ya! sebelum terlupa. Selamat Tahun Baru. hehehe tahu sudah lama nak mengatakan "happy new year" tapi tak apakan? hehehe Untuk umat Islam semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Puasa tau! jangan tak puasa pula. Dosa kalau tinggalkan dengan sengaja kecuali ada sakit tertentu. Itu baru boleh ditinggalkan tapi bukan bermakna tinggal macam tu saja. Wajib diganti ! Islam mudah sajakan :)

Azam tahun baru? Sama macam azam tahun lepas. Memperbaiki diri dan berusaha untuk berjaya seperti orang lain juga. Usaha , Doa dan Tawakal. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah. Kita sebagai manusia biasa teruskan berusaha dan berdoa kepada Allah, yang selebihnya berserah pada Allah. Rezeki itu tak perlu di cari tapi ianya hanya perlu dijemput. Rezeki itu telah ada depan mata kita sebenarnya. Itu yang kita tak tahu. Usaha menjemput rezeki itu hadir dalam hidup dengan berdoa kepada Allah, insyaAllah pasti akan Allah berikan pada kita.

Rezeki yang aku miliki sekarang datang dari Allah. Alhamdulilah! Allah telah perkenankan doaku. Terima kasih Ya Allah. kini aku telah berada di KLIA2 sudah hampir 9 bulan. Tak sangkakan? Lama juga aku berada diperantauan. Inilah kali pertama aku berada berada jauh dari keluarga. Nanti ada masa akan aku cerita perjalanan hidup ku disini. Dari hari pertama sehingga penghujungnya. Sampaikah ke penghujungnya? InsyaAllah pasti ada penghujungnya.......

Pada tahun ini juga, aku berpuasa diperantauan. Berpuasa, bersahur dan berbuka di tempat orang. Selama ini bersama keluarga. Inilah kali pertama bersendirian tanpa keluarga. Memang agak menyedihkan tapi harus membiasakan diri berada ditempat orang. Lama kelamaan pasti akan menjadi kebiasaankan?

Rasanya sudah tak tahu nak taip apa lagi. Tertiba tak ada idea nak menaip pula. hehehe Idea nak menaip tu ada tapi bila tiba satu masa tertentu pasti idea tu akan melimpah ke ladang gandum. hehehe. Hmmm baiklah untuk sahabat sekalian. Minta diri dululah. Nanti ada masa bersua kembali........


SELAMAT BERPUASA SEMUA ^_^