imbas sejenak dulu

Bismillahirahmanirrahim....

Mencintai, merindui dan menyayangi....

Pernah ku lalui semua itu. Pernah ku alami semua itu kerana ku hanya insan biasa seperti insan lain yang mempunyai fitrah ingin disayangi dan dicintai.

Semua itu pernah dilalui oleh semua insan. Tak akan ada yang ketinggallan. Semuanya sudah menjadi fitrah semula jadi manusia yang Allah ciptakan untuk kita semua sebagai manusia biasa.

Ku akui aku terlalu sibuk sangat mencari cinta manusia sehingga aku alpa. Aku di kaburi dengan keindahan dunia semata-mata.

Aku terlalu dahagakan perhatian manusia, kadang aku merasa seperti aku tak boleh meneruskan kehidupan tanpa adanya kasih dari manusia. Terlalu mengharapkan kasih sayang yang tulus dari manusia sehingga aku terlupa kepada batas pergaulan ku.

Kerna terlalu seronok akan keindahan dunia, aku alpa menjaga ikhtilat ku. Allah!

Di saat aku kecewa, aku meratapi. Aku terluka. Menangis sehingga bengkak mataku. Fananya!

Kini...,

Aku telah menemui sesuatu dari kekecewaan tersebut. Aku bangkit semula dari kekecewaan tersebut.

Barulah ku sedar, ada satu lagi cinta yang tidak pernah ku cari. Aku lupa akan cinta-Nya. Kejamnya aku meninggalkan cinta sejati itu!

Ruginya aku! tersangat rugi. Aku rugi kerna meninggal cinta yang tulus setia menanti ku.
Allah!

Tersedar aku kini! pantas ku mendapatkan cinta-Nya secara pelahan-lahan. Cuba untuk aku meraih cinta-Nya. Alhamdulilah!

Kini aku berasa sangat bahagia! Bahagia dengan cinta Ilahi. Kasih sayang yang ku cari dulu, kini telah ku temui. Tenangnya rasa diri ini kini.

Alhamdulilah!

Allah masih beri peluang kepadaku untuk kembali kepada-Nya.

Kekecewaan dulu, hanya untuk menyedarkan aku akan kehadiran Nya dalam diriku. Allah ! kenapa aku tidak pernah sedar? Malunya ku rasa mengadap Mu ya Rabbi.

Semoga aku tidak terbabas lagi ya Rabbi. Peganglah hatiku agar aku terus meraih cinta Mu. Ameen

Danauhati.