cukup umur? alhamdulilah

Bismillhirahmanirrahim….

Alhamdulilah! Alhamdulilah! Alhamdulilah!

15/November/2014

Kenapa dengan tarikh ini? Hahaha ini tarikh ulangtahun aku yang ke berapa eh? Hurmmmm yang ke 21 tahun. Eh! Sudah cukup 21 satu rupanya. Hehehe

Umur saja dah naik tapi ketinggian tak tinggi-tinggi pun. Hahaha tak mengapa. Asalkan stay cute. Hehehe

Tarikh ini juga merupakan tarikh nikah kawan baik aku. sudah setahun pun mereka nikah. Alhamdulilah. Dalam setahun tu, mereka dah pun mempunyai cahaya mata seorang. Huhuhu

Sungguh aku bersyukur ketika ini. Sebab apa eh? Sebabnya Allah telah beri peluang untukku bernafas sehingga sekarang. Alhamdulilah! Alhamdulilah!

Aku bersyukur juga, sebab ramai yang mendoakan aku menjadi seorang yang solehah yang mentaati kedua ibubapa ku. Terima kasih semua! Ku harap Allah memakbulkan doa sahabat semua. ^_^

Kini,

Aku telah meningkat dewasa. Dewasa okay! Bukan makin tua. Hehehe mana-manalah. Pengalaman mendewasakan kita. Yes! Betul! Pengalaman mendewasakan kita. Ambil pengalaman tu untuk jadikan tauladan, okay! Pelajari semula dari pengalaman dulu.

Sekarang aku telah bekerja di KLIA2. Sudah setahun juga aku kat tempat orang. Alhamdulilah! Akhirnya dapat juga aku mendikari ditempat orang.

Pesanan orang tua ku tetap ku ingat. Tak kira aku dimana, dalam ingatan ku tetap ada keluarga yang sentiasa memberi semangat untuk ku terus berjaya dalam hidup. Terima kasih mak abah dan adik-adik yang ku sayangi semua.

Kepada sahabat-sahabat ku, terima kasih juga yang setia ada di saat ku susah dan senang. Terima kasih juga sebab sentiasa menjadi penasihat dan pendengar yang setia. By the way ladies, I love you all. Eh! Jangan ingat aku tak ada kawan lelaki pula. Ada tapi aku cuba untuk menjarangkan keakraban kami. Perubahan? Ya! Tu yang sedang aku lakukan sekarang. Doakan aku ya! ^_^


Danauhati. 

imbas sejenak dulu

Bismillahirahmanirrahim....

Mencintai, merindui dan menyayangi....

Pernah ku lalui semua itu. Pernah ku alami semua itu kerana ku hanya insan biasa seperti insan lain yang mempunyai fitrah ingin disayangi dan dicintai.

Semua itu pernah dilalui oleh semua insan. Tak akan ada yang ketinggallan. Semuanya sudah menjadi fitrah semula jadi manusia yang Allah ciptakan untuk kita semua sebagai manusia biasa.

Ku akui aku terlalu sibuk sangat mencari cinta manusia sehingga aku alpa. Aku di kaburi dengan keindahan dunia semata-mata.

Aku terlalu dahagakan perhatian manusia, kadang aku merasa seperti aku tak boleh meneruskan kehidupan tanpa adanya kasih dari manusia. Terlalu mengharapkan kasih sayang yang tulus dari manusia sehingga aku terlupa kepada batas pergaulan ku.

Kerna terlalu seronok akan keindahan dunia, aku alpa menjaga ikhtilat ku. Allah!

Di saat aku kecewa, aku meratapi. Aku terluka. Menangis sehingga bengkak mataku. Fananya!

Kini...,

Aku telah menemui sesuatu dari kekecewaan tersebut. Aku bangkit semula dari kekecewaan tersebut.

Barulah ku sedar, ada satu lagi cinta yang tidak pernah ku cari. Aku lupa akan cinta-Nya. Kejamnya aku meninggalkan cinta sejati itu!

Ruginya aku! tersangat rugi. Aku rugi kerna meninggal cinta yang tulus setia menanti ku.
Allah!

Tersedar aku kini! pantas ku mendapatkan cinta-Nya secara pelahan-lahan. Cuba untuk aku meraih cinta-Nya. Alhamdulilah!

Kini aku berasa sangat bahagia! Bahagia dengan cinta Ilahi. Kasih sayang yang ku cari dulu, kini telah ku temui. Tenangnya rasa diri ini kini.

Alhamdulilah!

Allah masih beri peluang kepadaku untuk kembali kepada-Nya.

Kekecewaan dulu, hanya untuk menyedarkan aku akan kehadiran Nya dalam diriku. Allah ! kenapa aku tidak pernah sedar? Malunya ku rasa mengadap Mu ya Rabbi.

Semoga aku tidak terbabas lagi ya Rabbi. Peganglah hatiku agar aku terus meraih cinta Mu. Ameen

Danauhati.


Kalau Boleh Memilih

Bismillahirahmanirrahim


Sayang….

Kalau boleh aku pilih, aku lebih memilih untuk tidak dipertemukan dengan dirimu.

Tapi

Allah telah mempertemukan kita.

Siapalah kita nak melawan segala apa yang sudah tertulis untuk kita.

Sayang….

Kalau boleh aku pilih,

Aku lebih memilih untuk tidak mengenali dirimu,

Tapi…

Aku telah pun mengenali dirimu.

Tidak pernah aku minta untuk mengenali diri mu.

Segalanya Allah yang telah aturkan.

Indahkan!

Iya! Segala pertemuan Allah yang tentukan.

Disaat itu aku belajar menghormati mengenali seseorang yang tidak pernah aku mengenali.

Tapi itu semua sementara.

Allah telah hadirkan dirimu hanya sementara untuk aku mengenali dirimu

Allah telah berikan ku peluang untuk mengenali dirimu

Peluang itu hanya untuk seketika

Dan , aku sangat bersyukur kerna pertemuan itu hanya untuk seketika.

Allah telah mengambil semula apa yang telah diberikan kepada ku.

Biarlah Allah mengambil segalanya,

Aku bersyukur

Alhamdulilah!


Danauhati.