Pilih Bahagia atau Derita

Assalamualaikum

Setiap orang yang bercinta inginkan bahagia. Tetapi pilihlah cinta dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Antaranya :

1. Cinta yang direstui oleh ibu bapa dan dirahmati oleh Allah swt. Cinta murni antara dua insan yang niatnya hanya kerana Allah swt.

2. Cintakan ilmu pengetahuan juga boleh membawa bahagia di dunia dan akhirat, yang dapat membezakan kebaikan dan keburukan serta boleh mendekatkan diri dengan Allah swt.

3. Mencintai seseorang yang mencintai Allah swt dan Rasul-Nya melebihi daripada segala-galanya juga boleh membawa kita bersama-sama menuju ke syurga.

4. Idealnya cinta kepada Allah swt dan Rasul-Nya akan membawa bahagia di dunia dan akhirat kerana boleh membawa ke syurga.

CINTA YANG MEMBAWA DERITA adalah :

1. Yang mengikut hawa nafsu semata-mata. Ini hanyalah cinta palsu yang penuh dengan kejijikan dan kehinaan.

2. Cinta yang tidak mendapat restu ibu bapa kerana tidak mendapat restu daripada Allah swt.

3. Mencintai orang yang tidak mencintai kita.(Cinta yang tidak berbalas), atau mencintai hak orang lain seperti isteri atau tunangan orang dan sebagainya..

4. Mencintai perkara-perkara negatif, seperti hiburan yang melalaikan, perkara yang tidak membawa manfaat dan perkara maksiat yang membawa kemudaratan dan kerosakan kepada umat manusia.

Hanya Pada-Mu

Assalamualaikum.

Ya Allah!!
Kenapa dengan perasaan ini? Apa yang sedang berlaku ni? Apakah yang sedang aku fikirkan?

Ya Allah!!
Sesungguhnya hanya pada-Mu aku bermohon bawalah hati aku dengan ketentuan-Mu. Redhakanlah hati ku yang aku tidak akan dapat miliki hatinya.
Kuatkanlah keimanan ku agar aku teguh dan kuat dengan ketentuan yang akan kau berikan.

Ya Allah!!
Benar! Setiap pertemuan hanyalah untuk seketika. Pertemuan aku dengan dia hanya untuk seketika. Memang sukar untuk aku milikinya. Jarak yang begitu jauh tu tidak mungkin dapat aku bertemu dengannya kembali.

Ya Allah!!
Bimbinglah hati ku ni. Sesungguhnya hanya kepada-Mu hamba berserah segalanya. Aku tidak mampu lagi menangguh sebuah perasaan yang tidak mungkin akan ada pembalasan. Hanya aku menanti dirinya tanpa ada jawapan yang pasti.

Pertemuan yang indah akan diakhiri dengan sebuah perpisahan yang "manis".
Pertemuan ini hanya untuk menguji hati dan perasaan aku. Benar!! Aku tak mampu menahan perasaan ni. Tapi aku tak mampu luahkan.

Demi-Mu Ya Allah !! Aku tak mampu luahkan perasaan ni kepada dia yang ku tunggu. Perasaan ni sangat "mahal" !! Tidak mampu aku jadikannya "murah". Bibirku tak mampu luahkan bila hati mengatakan tidak !!!

Ya Allah!!
Aku tahu setiap perancangan yang aku lakukan tidak dapat aku lakukan sepenuhnya kerna Kau telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk setiap hamba-Mu. Aku redha dengan segala perancangan-Mu.

Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT.

Ya Allah!!
Hanya pada-Mu aku bermohon. Kuatkanlah keimanan dan ketakwaan hamba menghadapi sebuah perasaan yang telah menjadi fitrah setiap hamba-Mu. Kuatkanlah hati hamba agar dapat menerima segala ketentuan-Mu. Permudahkanlah segala urusan hamba.

Ya Allah!!
Sesungguhnya hanya Engkau Maha MEngetahui segala-galanya apa yang ada dilangit dan dibumi. Termasuk jua apa yang terbuku di hati setiap hamba-Mu. Aku percaya pasti akan datang sesuatu yang baik telah Kau tuliskan untuk diri ku.

Segalanya aku berserah pada-Mu.

Amiin.

Persoalan Hati

Assalamualaikum.

Pertama kali aku melihat kau. Jantung ku berdegup kencang. Ya Allah saat itu tiada siapa pun yang tahu isi hati aku. Diri mu seolah-olah menarik aku untuk mendekati mu dan mengenali mu lebih dalam. Tapi saat itu aku hanya mampu berdoa agar aku dapat bertemu dengan diri kembali. Adakah akan aku temui?? Bilakah ??
 Disaat itu aku terus mencari tentang dirimu. Kini telah aku perolehi. Aku berasa teramat bersyukur kerna kau masih belum berpunya. Disaat itu juga aku terus berdoa agar aku dapat miliki kau. Doa aku didalam setiap sujud dan setiap langkah ku. Tidak pernah aku putus berdoa agar aku dapat miliki hati mu. Tapi benarkah kau akan jadi milik ku??

Aku terus memerhati mu dalam diam. Disaat aku memerhatikan kau. Hati ku berkata "Adakah kau yang aku cari selama ni? Adakah kau yang mampu bawa aku ke Jannah? " Hati aku terus berkata-kata. Tapi masih tiada jawapannya. Persoalan yang kemungkinan tiada kesudahan. Bilakan pertanyaan ni akan berakhir? Ya Allah tetapkan hatiku untuk dirinya. Jika bukan hati ni untuknya berikanlah aku ketenangan. Berikanlah aku keredhaan mu.

Hati ni terus merindui mu. Terus, terus dan terus merindui. Disaat itu aku berdoa agar kau dapat merasai hadirnya rinduku dalam hati mu. Tapi dapatkan kau merasai rindu ni?? Disaat hati ingin meluahkan segalanya tapi terasa bagai dihalang satu tembok yang sangat besar. Tembok tu memisahkan aku untuk terus berbicara cinta terhadap kau. Bolehkah aku memecah tembok itu?

Tidak pernah aku minta hadirnya perasaan seperti ini. Tidak pernah aku minta kau hadir disaat aku memerlukan seseorang disamping ku. Pertemuan yang berlaku di antara aku dan kau sudah tertulis tapi jodoh di antara aku dengan kau tetap menjadi rahsia Allah. Segala apa yang terkandung dalam hati ni. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Tidak aku minta yang rupawan , tidak jua yang hartawan tapi aku minta yang sepadan dengan ku. Adakah dia yang ku nanti? Adakah dia yang ku doa setiap hari supaya dipertemukan? Segalanya masih menjadi RAHSIA ALLAH !!! Aku tidak mampu membuat apa-apa melainkan berdoa pada yang Esa.

Ya Allah adakah pertanyaan yang terkubur di hati ni akan terjawab? Benarkan dia akan ku miliki?

Ya Allah!!

No Title :)

Assalamualaikum Antum dan Antumna.

Terasa lama tidak update blog. Sorry sebab eiya sibuk sikitlah. Sibuk menguruskan projek orang kahwin. HAHA sibukkan nak uruskan majlis orang. Takpe kali ni kita tolong orang nanti majlis kita orang tolong pulakan. HIHI. Tengok blog ni pun dah penuh dengan sarang spider lah. HUHU. Kecian blog eiya. ^^

Tak sangka sekarang dah bulan 6 kan. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar dah bulan 6 pun. Bulan depan dah nak puasa. Ya Allah cepatnya. !!!

Masa berlalu terus berlalu. Biarkan berlalu tak payah nak pandang belakang lagi. Kini kita berada dihadapan. Teruskan kehidupan dan jangan berputus asa. Allah tak suka orang yang cepat putus asa ni tau. :)

Eiya tak tahulah nak cerita apa lagi. Sebab tak ada best story nak di sharelah. :) Takpe nanti eiya share story yang best sikit. Ehh jangan lupa follow adik ni tau :) http://mierafiera.blogspot.com/ adik ni newbie. follow laa yee sahabat sekalian. jangan sombong-sombong Allah tak suka. :)

okaylah take care u all !! :) Assalamualaikum

Awal bulan 4 !!!

Assalamualaikum. Morning to pretty and handsome.

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 4 kan?? Semakin pantas masa berlalu tanpa kita sedar. Begitu juga dengan umur kita. Semakin hari semakin meningkat. Malah semakin hari semakin dewasa dan pemikiran kita juga begitu. Semakin hari semakin matang. Setiap apa jua yang berlaku tu merupakan pengalaman dan dugaan hidup agar kita tidak terus tumbang dan terus melangkah untuk memperbaikinya.

Semalam eiya pergi hantar adik ke penjara biru belang. Tahu tak apa tu? hahaha tu PLKN lah. hihi eiya pun dapat juga tapi eiya taknak pergi. Kenapa taknak pergi? Adalah sebab yang kukuh kenapa eiya taknak pergi. Tapi dihati kecil eiya ni. Nak sangat pergi sana tapi Allah mengetahui segala-galanya apa yang terbuku dihati eiya ni. Sebab yang begitu kukuh untuk eiya tak pergi sana dan mengabaikan kehendak hati tu. Nasiblah eiya mohon sukarela , bolehlah tak pergi. Tapi macam main-mainlah pula. Dah mohon tapi tak pergi. ishh ishh apa nak jadilah! hihi

Ehh eiya tak tahu nak share apa sebenarnya. hoho Tapi eiya nak share pasal sambung belajar eiya lah. hmm dengan keputusan yang tidak memberangsangkan tu buat eiya takut, risau, cemas , semualah yang melibatkan perasaan. Hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan eiya sekarang. Ya Allah! UNISEL??? Macam eiya nak masuk sana kalau nak pakai duit banyak sangat. Eiya pun dah pening ni. Tak tahu nak buat macam mana lagi ni. Tapi eiya ada mohon UMS (Universiti Malaysia Sabah). Eiya mohon tu bukan apa , mohon tu kemungkinan eiya senang masuk sana tapi diterima ke? Nak pergi sana pun kena banyak pakai duit juga. Haishh tulah tak fokus lagi. Tapi eiya dah usaha buat sehabis baik tapi tu juga yang eiya dapat. Alhamdulilah laa tak ada yang fail. ishh ishh

Belajar! belajar! belajar! fokus utama eiya adalah belajar. Tak ada benda eiya fikir selain belajar. Selagi eiya tak capai cita-cita eiya tu. Selagi tu eiya akan terus mencuba. Tak kisah kalau terpaksa tanggung risiko yang besar sekali pun. Tu namanya dugaan hidup. Jadi kita harus move on dan terus berusaha. Nak capai sesuatu yang kita nak tu bukan senang. Kita kena mula dari bawah baru boleh bergerak naik ke atas. Tapi bila kita dah sampai kat atas tu jangan lupa pula bersyukur. Jangan jadi orang yang sombong, angkuh, dan macam-macamlah yang berkaitan dengannya. Setinggi mana pun kita nanti, Allah maha berkuasa. Kita boleh jatuh balik kalau Dia mahu.

Kalau boleh eiya tak nak masuk Unisel tu. Tahukan kenapa eiya tak nak masuk sana. Bukan sebab eiya memilih tapi disebabkan eiya fikir kat situ macam-macam masalah. Masalah rumah sewalah, masalah tempat belajarlah, dan macam-macamlah. Itu je sebab eiya tak nak masuk sana. Tapi kawan-kawan and cikgu semua suruh mohon kat situ. Kawan eiya pun dah mohon kat situ. Memang sekarang dia boleh terima sebab dia swasta. Senanglah nak terima tapi kalau di fikirkan balik. Memang banyak nak gunakan duit.

Hmm dugaan hidup memang mencabar. Semoga eiya dapat meniti kehidupan ni dengan tenang. InsyaAllah selagi Allah masih mahu eiya. eiya akan terus bergerak ke hadapan dengan keredhaan Allah. Hidup mana yang tak pernah bergolak. Semua orang akan merasainya. Cuma kehidupan kita takkan pernah sama. Ujian yang diberi tak pernah sama. Allah amat menyayangi hambaNya. Tu sebab kita sentiasa di uji dengan ujian-ujian yang mampu kita tempuh. Allah tidak akan uji hambaNya lebih dari kemampuan seseorang tu.

Ehh tapikan kalau eiya dapat kat sabah, macam mana ehh?? Nak pergi ke?? InsyaAllah kalau eiya ada rezeki eiya pergi sana. Tapi niat eiya satu. Kalau eiya dapat sambung mana-mana, eiya nak belajar dulu. Fokus utama eiya adalah belajar. Sehinggalah eiya berjaya, eiya akan menunaikan niat yang lain tu. InsyaAllah.

Tapi tak kisah pun sambung belajar kat mana-mana asalkan kita dapat belajar bukan? :) kat mana-mana pun kita boleh belajar. Selagi kita berpegang pada niat tu. InsyaAllah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita. Berdoa dengan bersungguh-sungguh insyaAllah akan di makbulkan.

The Best Moment !!

Assalamualaikum wbt



The best moment !!! 

Saat yang paling manis adalah saat bersama sahabat sekalian.
Saat yang paling indah adalah saat berada dalam kelas mendengar cikgu mengajar.
Saat yang paling menyeronokkan adalah saat dimana ketawa bersama kawan kelas.

Inilah saat yang paling diingati sampai bila-bila. Saat seperti ni takkan kembali lagi. Saat seperti ni akan mengukir seribu satu kenangan yang pahit dan manis. Saat ni juga akan mengajar kita apa tu erti kawan, teman dan sahabat. Saat ni akan mengajar kita menjadi orang lebih matang dalam berfikir. Saat ni akan membuatkan diri kita lebih dewasa. Saat ni mengajar kita berfikir di antara baik dengan buruk. Saat ini adalah saat mengajar kita agar mengajar menjadi orang lebih berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara. 

Zaman persekolahan!!! Alangkah seronoknya dapat kembali ke sekolahkan? Zaman persekolahan adalah zaman yang paling menyeronokkan. Disitu kita dapat mengenal pelbagai ragam dan dapat mengenal sahabat-sahabat yang berlainan bangsa. Dapat kongsi cerita bersama. Tangis dan tawa dapat berkongsi bersama sahabat-sahabat yang sentiasa berada di saat senang dan susah. Merekalah sahabat yang paling terbaik!!!

Yang paling menyeronok adalah "cinta monyet". hahaha okay memang seronok. Seronok apanya. Cikgu mengajar kita sibuk bermain mata dengan "buah hati". hahaha (tapi eiya tak adalah buah hati saat tu) Bila kantoi dengan cikgu. Habis heboh satu kelas kita sedang hangat bercinta. ish ish semua dapat tahukan. Baru nak rahsia. hehehe. Bercinta boleh tapi jangan abaikan pelajaran udahlah. okay???

Kat sini eiya nak ucapkan tahniah kepada sahabat perjuangan sekalian. Tahniah? sebab apa? Tahniahlah atas kecemerlangan STPM. Tahniah kepada semua yang menduduki STPM. Keputusan yang sungguh terbaik!!! Semoga semua dapat masuk Universiti tahu!! Semoga kita berjumpa lagi dihari, masa dan tempat yang berbeza. Tak kira di mana sahabat sekalian berada, eiya doakan kejayaan kalian. Azizah, Fuad , Muna, Mira, Ijam dan semualah!!! Semoga berjaya!!! Jangan sia-siakan kejayaan yang kalian dapat tu. 

Khilaf


Seringkali hatiku resah 
Tanpa kuingat nama-Mu Ya Allah
Seringkali hatiku gundah
Melupakan diri-Mu Ya Allah

Hati kecil tak mungkin berbohong
Dalam hening aku berkata

Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya
Aku khilaf khilaf khilaf  kerna aku manusia
Tapi yang ku inginkan selalu didekat-Mu
Pada-Mu Ya Allah

Aku lemah tiada berdaya..
Aku khilaf kerna ku manusia..
Yang ku ingin selalu kepada dekat-Mu Ya Allah..

Penyanyi asal : Fachreza
Tajuk lagu : Khilaf


Ya Allah! sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang lemah lagi tidak berdaya. 
Ya Allah! sesungguhnya aku hanya manusia yang selalu inginkan keredhaan dari-Mu.
Ya Allah! sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan.

setiap manusia yang hidup dalam muka bumi Allah ni tidak pernah melakukan kesalahan dan kesilapan tapi kenapa? sebabnya kita hanya MANUSIA. manusia yang telah dicipta atas muka bumi ni sebagai khalifah Allah.

tiada manusia dalam bumi Allah ni tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan. kerna kita bukannya para kekasih Allah yang bersih dan terhindar dari perkara keji. kita hanya manusia biasa yang kerap kali melakukan kesalahan. hanya diri sendiri yang seharusnya membantu diri sendiri supaya hindar dari perkara yang dilarang oleh Allah. 

kadang-kadang kita leka. leka dengan hiasan dunia sehingga kita lupa Maha Pencipta. 
kadang-kadang kita leka. leka dengan hasutan sekeliling sehingga kita jauh dari Allah. 

sesungguhnya Allah tidak pernah lupakan kita. sesungguhnya Allah juga tidak pernah jauh dari kita. tapi kerna kita manusia biasa. kita seringkali terleka dengan keindahan dunia, seringkali kita termakan hasutan duniawi. Tapi disebaliknya, di hati kecil kita ni. kita sentiasa inginkan keredhaan dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Itulah manusia! :)

P/S : Video tu eiya buat sendiri .. hihihi

Siapa Jodoh Kita?

Assalamualaikum w.b.t




kauorang nampak tak gambar di atas tu? nampakkan? tu bukan eiya tau. eiya ambil dari google image. hehe maaf ambil tanpa pengetahuan. hari ni eiya nak tulis tentang jodoh. kalau kauorang nak tahu dah macam-macam tip ada kan? tip-tip seseorang tu jodoh kita. haha bagi eiya benda tu mengarut je. ops! kang ada pula yang marah kat eiya. sorry sorry! peace (^_^)v. 

Jodoh tu rahsia Allah. Hanya Allah je yang tahu siapa jodoh kita. kalau ditengokkan sekarang ramai yang tengah mencari jodoh bukan? jangan risau jodoh kauorang tetap ada. cuma kauorang kena rajinlah berdoa agar jodoh kauorang tu baik dan boleh jadi pemimpin kepada anak-anak kauorang nanti. tapi ingat! jangan time nak cari jodoh je kauorang berdoa. berdoa ni bila-bila masa boleh. tak kira tempat tapi jangan pula dalam toilet kauorang pergi berdoa. memang tak betullah kauorang ni.ish ish tak patut tak patut! (-_-)"

Kalau kaorang perasanlahkan. Ramai budak-budak yang baru lepas sekolah dah bernikahkan? Nikah muda ni elok sangat sebenarnya. Kauorang mesti tahu punyalahkan? Nikah muda ni boleh mengelakkan maksiat. Justeru itu juga, syaitan-syaitan yang berada di sekeliling kita akan menangis tahu. Menangis sebab ramai anak muda yang nikah awal. Jadi para syaitan ni tak dapatlah nak menyesatkan lagi manusia yang sedang hangat bercintan tu. 

Bagi siapa yang tak jumpa lagi jodoh tu. Jangan risau. Jodoh kauorang tetap ada mungkin lambat sikitlah dia datang jemput kauorang. Setengah orang jodoh dia lambat, setengah orang lagi jodoh dia cepat. Setiap orang Allah telah menetapkan jodoh masing-masing. Dalam hati setiap orang mahukan jodoh mereka yang terbaik bukan? siapalah tak nak jodoh mereka tu baik. Jangan lupa doa! Minta pada Allah moga dipertemukan seseorang yang mampu memimpin kauorang kejalan yang diredhaiNya. Barulah bahagia kehidupan didunia dan diakhiratkan? Jangan tahu nak bahagia kat dunia je. Akhirat di abaikan. (-_-)" 


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

(surah An-Nur : Ayat 26)

 Sesungguhnya Allah telah menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita semua. Kita hanya manusia biasa yang mampu berdoa dan berusaha agar sentiasa diredhai Allah. Segalanya telah pun ditetapkan oleh Allah. Setiap orang dalam dunia ni sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup nikan? Tiada seorang pun dalam dunia ni mahukan sesuatu yang tidak baik dalam hidup ni. 

Biar pun seorang tu buruk tingkahlakunya tapi disebalik hatinya masih mahukan pasangannya yang terbaik. Ini semua kerana dia mahukan masa depan bersama pasangannya bahagia. Perangai yang tidak baik tu boleh di ubah kepada yang lebih baik. Allah tidak akan mengubah seseorang tu melainkan dia sendiri yang mengubah dirinya sendiri. 

Jangan pernah menilai seseorang melalui rupa paras ataupun sikapnya kerna hati yang di milikinya belum tentu mencerminkan apa yang kita nilaikan itu. Dan jangan pula menyukai seseorang tu melalui rupa parasnya kerna belum tentu rupa paras tu mampu buat kita sentiasa berada di jalan Allah. Dalam dunia ni Allah telah memberi kurniaan rupa yang sungguh indah tapi mata kita yang buat kita melihat seseorang tu dengan pandangan serong. Mata yang telah menutup keindahan yang telah Allah ciptakan untuk kita. Setiap ciptaan Allah sungguh indah buat manusia semua. Indah tanpa cela. 

Jodoh yang baik adalah jodoh yang sentiasa memimpin kita ke jalan yang di redhai Allah. Jodoh yang baik adalah jodoh yang sentiasa membetulkan kesilapan yang kita lakukan. Jodoh yang baik adalah jodoh yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah dan para kekasih Allah. Jodoh yang baik adalah jodoh yang sentiasa mahukan kita jadi peneman di Jannah. Jodoh yang baik adalah jodoh yang mahukan hubungan tu kekal ke Till Jannah. 


Entahlah!

Assalamualaikum w.b.t




Kauorang nampak tak gambar kat atas tu? kalau tak nampak tolonglah pergi pakai kanta pembesar. hehe (Gurau-gurau). Ni buku nak belajar memandu. Ahad hari tu eiya masuk kelas memandu. kelas 5 jam tu. okay jujur ni! tersangatlah bosan!!! mengantuk pun ada, cuma eiya tahan je mata ni dari tertutup. Mengantuk macam mana pun eiya takkan tidur. Nak tahu kenapa? sebabnya eiya dah terbiasa pergi mana-mana ceramah mesti tak boleh nak tidur walaupun mata sudah berat je nak tutup. Kalau eiya tidur, tu dianggap tidak sopan! and so rude! opss! cakap omputih lak. hehehe

eiya nak ambil lesen kereta je. Bukan tak reti nak bawa motor tapi masalahnya eiya tak berani sangat nak bawa pergi ke tengah jalan. Hari tu bawak motor pun hampir nak jatuh longkang tau! okay! tak nak bawak dah. Tak tahulah kenapa takut pula nak bawak motor ni. haha

Dalam ontheway nak ambik lesen ni teringat pula pasal result STPM. okay ni lagilah bertambah risau,cuak.gemnentar semualah ada dalam diri ni. Tulah penyakit perasaan kalau koauorang nak tahu, setiap orang akan rasa benda yang sama macam mana eiya rasa sekarang. Eh nak tahu tak? risau punya pasal eiya nangis dulu sebelum tahu tarikh keputusan keluar bila.

Eiya nak nangis sebabnya eiya takut. Takut sebab eiya tak dapat nak berikan kejayaan eiya dekat orang-orang yang eiya sayang. Siapalah tak kecewa kalau result dia kecundangkan? Tapi eiya taklah mengharapkan result eiya kecundang. sekarang ni eiya hanya mampu berdoa agar result eiya okay je. 



OH! Couple ???

Assalamualaikum w.b.t

hey kauorang hari ni nak share something. Tajuk blog hari ni agak menarik sikit kot ataupun mungkin tak menariklah. Tak menarik pun nak buat macam manakan? Terpulang pada individulah. Tapi sebelum masuk pada story asal, eiya nak tanya kauoranglah. Apa maksud "couple" ? Apa yang kauorang faham tentang couple ni? kalau ada yang sudi share pendapat tinggalkanlah komen kauorang kat shoutbox tu. kalau sudilah. ngee  :biggrin:

okaylah balik semula pada cerita asal k! Couple? dalam bahasa melayu bermaksud berpasangan. Mesti kauorang tahukan. Tapi ni eiya nak bagi tahu je kat kauorang. kauorang nak tahu tak setengah ulama mengatakan couple tu haram? betul ke? nak tahu kena tanya ustaz or ustazahlah. UAI cakap couple tu haram, mana ada adat yang menghalalkan yang haram. Ni bukan eiya cakap tapi UAI yang cakap. Kalau nak tahu yang selanjutnya kena tanyalah UAI. ^_^

Kalau nak ikutkan apa yang eiya baca dalam buku "Tentang Cinta" yang ditulis oleh Encik Pahrol Mohamad Juoi. Tapi sebelum tu eiya nak minta maaf kat Encik Pahrol sebab menulis tanpa minta izin. Buku tu memang menarik perhatian eiya untuk menulis tentang ni. Dalam buku tu ada tajuk "Nak Ber"couple" boleh tapi.." yang paling menarik perhatian eiya. Okay! Kalau kauorang nak faham betul-betul pasal couple ni. eiya akan ceritakan. Tapi maaf kalau tak menarik perhatian kauorang tentang tajuk ni.

"Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata-mata sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan" - Al-Farabi-

tu ungkapan yang ada dalam buku "Tentang Cinta". Ayat dia memang menarik! Sangat sangat menarik ! Couple tu ada peraturan okay! Bukan Sekolah or tempat kerja je ada peraturan. Couple pun ada! Nak tahu mana datangnya peraturan ni? Peraturan ni datangnya dari Allah. Allah yang telah menetapkan peraturannya. Jadi kita siapa yang tak nak ikut peraturan tu?

Kauorang mesti dah tahukan peraturan-peraturan tersebutkan? Tapi eiya tak peduli nak bagitahu juga dekat kauorang apa yang terkandung dalam peraturan tu. Nak bagi peringatan untuk eiya juga sambil tu boleh berkongsi bersama kauorang kan? :)
Jom kita baca bersama!!!!

  1. kawal diri
  2. Jaga batas pergaulan
  3. Bagi perempuan - jangan balik lewat malam bersama pasangan. Tak manis bila orang tengok malahan boleh mendatangkan fitnah! No! No! 
  4. Jangan keluar berdua! (Elakkan!!!)
"Pesanan Rasulullah SAW, tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang perempuan ditempat yang sunyi melainkan syaitan pihak ketiganya"

Jadi kalau nak keluar dengan couple kauorang tu. Lebih baik bawa kawan or adik ke buat peneman. Jangan jadikan peneman yang tak dapat dilihat dengan mata tapi dapat dilihat dengan perbuatan. No! No! No!

Kejap ! kauorang kalau dah nak jadikan pasangan kauorang tu sebagai pasangan didunia dan diakhirat. kauorang kena jaga pasangan kauorang tu baik-baik. Kalau niat kauorang untuk menikahi pasangan kauorang, jagalah niat tu betul-betul biar sampai ke ikatan yang sah. Kalau kauorang main-main, bak kata Encik Pahrol baik hentikan. Niat hanya untuk suka-suka ni hanya mengundang masalah je dalam hidup kauorang ni.

Pernah dengar tak ayat ni?
"Bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan akhirnya bernikah dengan orang lain"
Ayat biasa yang eiya selalu dengar dari kawan-kawan , makcik-makcik gosip dan last sekali dalam laman sosial. Ayat ni memang pernah terjadi pun pada semua orang kan? tak semua tapi setengah je. hihihi Normallah! Semuanya ketentuan Allah. Kita merancang tapi Allah yang menentukan semua.

okaylah kauorang. Penat dah eiya menaip ni. Dah lenguh dah jari ni. Waktu asar dah masuk ni. Nanti eiya akan menulis satu lagi tajuk yang best punya! best ke ? haha eiya hanya menyampaikan aje. Yang selebihnya kauorang yang bagi komen kan? hehehe

P/S yang buruk datang dari eiya, yang baik datangnya dari Allah !! :)

Bersabar Wahai Hati

Ini sudah masuk kali ke tiga aku call dengar suara perempuan. Apa yang kau cuba sembunyikan dari aku? Kenapa susah sangat ke nak jujur dengan aku yang kau tu sudah kahwin? dah ada anak pun masih lagi nak kat orang lain ke? dasar lelaki tak gunalah kau ni. aku benci kaulah! T_T benci sangat sangat.

kenapa setiap kali aku buka hati ni untuk menerima seseorang mesti ada sesuatu yang tak mampu aku halang. Ya Allah jika dia bukan jodoh ku. Jauhkanlah dia dari hidup ku. Kuatkan lah hati hamba mu ni. kehadirannya tanpa mampu aku halang. begitu juga dengan perasaan ni. perasaan yang telah aku semaikan untuk dia tapi semuanya musnah. musnah kerna kebohongan dan kepalsuan yang telah dia berikan untuk aku.

aku pelik nape susah sangat nak jadi orang yang jujur? susah ke? biarkan kejujuran tu menyakitkan hati seseorang. asalkan tidak menyakitkan seseorang tu dengan kebohongan kerna itu lebih sakit dari kejujuran. kejujuran mampu buat orang lain bahagia. jadi tak salah pun kalau kau jujur dengan aku. sampai bila kau nak bohong dengan aku.

kau cakap tu kakak kau. tapi takkan kau tidur dengan kakak kau kot. takkan anak buah kau datang cari kau kot. mustahil! tu isteri kau kan. dan budak tu anak kau kan? nape kau nak bohong aku? nape kau nak bohong mak aku? kau pandai mengambil hati orang tapi kau pandai juga menyakitkan hati orang lain.  sampai bila kau nak sorok kan benda yang baik ni???

dia isteri kau!! kenapa kau nak sorok dari pengetahuaan aku. Allah tu Maha Adil. Dia boleh tunjukkan kat aku dengan sekelip mata. ni dah kali ke tiga aku call dengan suara orang lain. kali ke empat ni mungkin aku akan jumpa isteri kau. aku tak kisah kalau isteri kau nak marah aku ke apa. yang salah dalam hal ni kau! kau penyebab segala masalah yang akan timbul.

aku akan terus berlakon sehingga semua drama yang kau sendiri cipta ni akan di tonton oleh orang ramai. terutama mak aku!!! memang patut pun aku letak syak wasangka kat kau. supaya aku lebih berhati-hati dalam menjalinkan sebuah perhubungan yang lebih series. jika benar dia bukan isteri kau. aku akan terima kau. tapi jika dia isteri kau. pandai-pandai kau hidup!

aku bukan perampas hak milik orang lain terutama laki orang. bukan taste aku untuk mendapatkan laki orang. biarpun aku tak jumpa jodoh aku di sini. mungkin aku akan jumpa di sana. Allah yang menentukan segala-galanya. Dia yang paling berkuasa bukan kita. kita hanya manusia biasa!

Aku Hanya Insan Biasa

Ya Allah ! Kenapa disaat aku memerlukan seseorang. Kau hadirkan dia dalam hidup ku. Mengapa dia sentiasa ada di sisi ku saat aku mahu mengeluarkan air mata ni? Mengapa dia ada di saat aku merasa lemah dalam menghadapi dugaan ni? Ya Allah ! Mengapa perlu Kau hadirkan perasaan ini? sedangkan aku tidak mampu memiliknya. Ya Allah ! aku bersyukur kepada Mu kerna telah hadir seorang insan yang amat memahami ku. Tapi tolonglah hamba Mu ni agar tidak menyimpan perasaan yang terlampau terhadapnya. Kerna ku tak sanggup menghadapi sesuatu kemungkinan yang tidak dijangka. Yakinlah hati aku bahawa di bukan untuk ku.

Ya Allah ! Terima kasih kerna Kau berikan aku cubaan yang mampu aku hadapi. Sekarang aku mampu tersenyum lagi. Aku akan menjadi insan yang sentiasa bersabar dengan semua ketentuan Mu. Sesungguhnya hati aku merasa begitu tenang dengan kehadirannya. Tapi kehadirannya hanya aku anggap sebagai seorang abang menasihati seorang adik. Ya Allah ! terima kasih ! ^_^

Ya Allah! bantulah hamba Mu ini dalam menghadapi segala apa jua keadaan. Kuatkan hati ku dengan segala ujian Mu. Aku tahu Kau tidak akan menguji hamba Mu diluar kemampuan. Aku hanya insan biasa yang mampu mengalirkan air mata di saat hati ni merasa begitu lemah.Air mata yang menandakan aku tidak kuat dalam menghadapi segala dugaan Mu. Ya Allah! Benarkanlah hamba Mu ni merasa kebahagiaan tu walaupun untuk seketika. Izinkanlah hamba menjadi hamba yang berjaya di dunia dan diakhirat.

Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepada Mu agar aku di berik kekuatan , ketabahan dan kesabar dalam hati untuk menghadapi segala dugaan Mu. Bukan kehendakku dengan apa semua yang terjadi. Tapi semuanya datang dari Mu untuk menguji setiap hamba Nya.

Dalam keadaan begini. Kau telah hadir seorang insan yang mampu membuat aku tersenyum. Walaupun aku dia bukan milik ku tapi aku bahagia bila melihat kebahagiaannya. Aku tahu aku bukan seorang gadis yang pantas untuknya. Malah gadis tu lebih layak. Kerna gadis tu memilik semua kriteria yang aku cuba ubahkan pada diriku tapi aku tak mampu. Lagi pun aku tahu jodoh ku bukan dengan dia kn? :) tersenyumlah selagi masih boleh tersenyum.

Sebelum terlupa ada sesuatulah. Dia ada ambil ungkapan dari Ustaz Kasim Alias Al hafiz ada berkata :
BOLEH JADI BENDA YANG KAMU SAYANG TU TIDAK BAIK UNTUK KAMU, DAN BOLEH JADI BENDA YANG KAMU BENCI ITU AMAT BAIK UNTUK KAMU. INGATLAH! ALLAH SEDANG MENGUJIMU, JADI SETIAP DETIK KESABARAN TU ALLAH SUDAH BAGI GANJARAN PAHALA. ^_^

P/S : terima kasih atas kata-kata itu. :)

Bukan Kehendak Kita

Kadang-kadang bila hati kita sudah terpaut dekat seseorang. Kita sanggup tunggu dia sampai bila-bila. Hati kita menasihati agar kita setia menanti dia walau apa jua keadaan sekali pun. Itu tandanya kita benar-benar sayangkan dia. Biarpun dia berjauh dari kita tapi hati kita tetap mendoakan agar orang yang kita sayang itu ingat dekat kita dan sentiasa berada dalam keadaan baikkan? 

Biarpun dia sudah merobek hati kita dengan sikap dan perangainya tapi kita masih lagi mahu dekat dia. Hati kita sakit dek kerna kesilapan yang dia lakukan tapi kita masih mampu bertahan. Sebab apa kita bertahan? Sebab perasaan sayang yang masih menebal dalam diri. Biar hati kita dilukai seribu kali pun, kita sanggup biarkn disakiti. Ini semua disebabkan perasaan yang masih segar dalam hati ni. 

Tiap kali kita bersamanya. kita berasa sangat bahagia. Kenapa bahagia? sebab dia mampu buat kita tersenyum. Kita tidak peduli kata orang yang mengatakan keburukkan orang yang sayang. Kita tak peduli semua itu. Bagi kita, dia satu-satunya orang yang mampu beri kebahagiaan kepada kita. Malah kita yakin bahawa dia akan menjadi milik kita sehingga ke akhir hayat. Kita sering berdoa agar dia menjadi milik kita untuk selamanya. Tapi kita hanya insan biasa yang tak mampu melawan takdir Allah. Allah telah menentukan segalanya untuk kita.

Sehinggalah kita benar-benar disakiti dan saat itu kita akan menganggap dia kita ni lemah dan tak mampu berfikir secara matang. Kita menangis , menangis dan terus menangis. Kenapa menangis? Menangis sebab hati dilukai seperti dicucuk belanti yang lebih tajam dari mata pedang. Malah saat itu kita mengutuk diri sendiri kerna tidak percaya dengan kata-kata orang lain. Kita menyayanginya dengan sepenuh hati tapi kenapa harus begini? Bukan kehendak kita tapi semuanya ketentuan-Nya. 

Siang malam kita berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan. Kekuatan yang kita temui mampu buat kita tersenyum semula. Walaupun kita mampu tersenyum tapi hati kita masih terasa perit itu kerna setiap kenangan yang tercipta sering berlegar dalam ingatan. Tanpa kita sedari, kita berdoa dan berharap agar dia kembali semula dalam hidup kita. 

Dengan takdir Ilahi. Dia kembali semula dalam hidup kita. Tapi mampukah menerimanya semula? Tanya hati kita sendiri. Setiap manusia tidak terlepas melakukan kesilapan sama ada besar ataupun kecil. Kita hanya manusia biasa , tak mempunyai apa-apa kuasa untuk menghalang sesuatu yang buruk itu berlaku. Tak salah untuk kita terima dia semula. Asalkan dia benar-benar ikhlas untuk menjalinkan hubungan yang suci dan di redhai oleh Allah.

Akhirnya kita dapat memilik kebahagiaan itu bersama insan yang kita cintai. Mahukan kebahagiaan yang kekal selamanya tidak mudah. Kita perlu kuat menghadapi dugaan dan ujian yang datang kepada kita. Doa adalah senjata yang paling kuat untuk kita sebagai orang Islam. Bukan disaat sedih dan susah je baru kita nak berdoa tapi disaat senang juga kita digalakkan berdoa. Begitu juga Solat! 

Bicara Dari Hati ♥

Perasaan aneh datang menempa dalam jiwa aku! Kenapa ni? Sakit hati ? Tapi kenapa pula nak sakit hati ni? Mainan perasaan ni. Dhiya! dia sudah tidak ada makna lagi dalam hidup ni tapi kenapalah kau masih lagi nak tahu pasal dia. Sekarang cuba kau lihat dia? nampakkan dia tersenyum? itu tandanya dia sedang bahagia sekarang. Maksudnya dia bahagia dengan insan yang baru dijumpainya.

Adakah kau masih berharap yang dia akan kembali dalam hidup kau lagi? Baik kau hentikan pengharapan ni. semuanya sia-sia saja. Apakata kau bukakan pintu hati kau untuk menerima orang lain. kenangan lalu biarkan berlalu. Semua itu adalah kenangan hidup kau dan sekarang kau patut beri peluang kepada mereka yang sedang menanti. Tak rugi pun kalau kau terima orang lain dalam hidup kau. Sudah tertulis kau dengan dia tak ada jodoh. jadi memang patut pun kau lupakan dia.

Tak salah pun kalau kau ambil berat pasal dia tapi ingat! Hanya sebagai KAWAN! Jangan simpan lagi apa-apa perasaan terhadapnya , okay Dhiya!  Pengenalan dulu merupakan takdir. Takdir Allah ! Kau harus kuat Dhiya! Pertemuan itu hanya untuk mengajar kita menjadi insan yang lebih kuat untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang akan datang! Tolonglah jangan mengalah sebelum berperang!

Sudah! Jangan fikirkan lagi pasal dia. Dia tak pernah pun fikir pasal kau. Tak pernah pun tanya khabar dekat kau. Malah ulang tahun kelahiran kau pun dia tak pernah nak ucap. Jadi baik kau buang yang keruh , ambil yang jernih. Allah sentiasa ada bersama kau. Jangan risau! Kau tak ditinggalkan bersendirian. Kau masih mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang setia menemani kau. Tak payah lagi fikir pasal dia.

Tapi mungkin sebab aku selalu memendam perasaan ni. Tulah sebab dia tak pernah tahu perasaan aku. Aku tak boleh juga menyalahkan dia. Semuanya suratan takdir. Pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan-Nya.
Redha ajelah. SMILE ^_^

Mampukah Aku?

memang aku seorang perempuan tapi aku tidak semulia Khadijah.
Sifat yang dimiliki oleh Saiditina Khadijah begitu mulia dan di sanjung tinggi.
Sifat Saiditina sungguh agung dan tiada cacat celanya.
Siapakah aku untuk menjadi sepertinya?

memang aku seorang perempuan tapi aku tidak setaqwa Aisyah.
Saiditina Aisyah adalah belahan Nabi Muhammad S.A.W..
Seorang wanita dengan memiliki fahaman yang tajam dalam ilmu agama.
Mampukah aku menjadi sepertinya?

memang aku seorang perempuan tapi aku tidak setabah Fatimah.
ketabahan, kecekalan dan kesabaran yang dimiliki oleh Saiditina Fatimah sungguh kuat.
kuatkah aku menempuhi segala dugaan sepertinya?

aku hanya wanita biasa yang hidup diakhir zaman. Aku ingin menjadi seperti mereka tapi bolehkah? Segal-galanya bergantung kepada kehendak hati aku sendiri. Aku wanita Islam yang dilahirkan pada akhir zaman. Keinginan aku cuma satu. Ingin jadi wanita yang solehah. Adakah akan termakbul doa ku?

aku wanita biasa yang mampu berdoa kepada-Nya agar diberikan pelindungan dari kemaksiatan. Kadang-kadang aku lemah menghadapi dugaan. Aku tidak sekuat mereka!

YA ALLAH! bantulah hamba-Mu ini. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku meminta segala pertolongan dan mengadu segala perihal yang menganggu hati dan fikiran ku. Ampunilah dosa hamba-Mu ini. Amin~

Perasaan Jiwa

Rindu~
Memang terasa sangat rindu tapi aku tidak mampu meluahkannya. Bagaimana aku nak mulakan? Tapi aku tidak berani meluahkan segalanya. Aku hanya mampu memendamkan saja rasa itu. Aku tidak mampu mengeluarkan kata itu. Dalam diam aku memang terasa sangat merinduinya. Segala rindunya dapat dilepasi dengan hanya melihat gambar dan sms darinya saja. 

Suka~
Hati ini memang teramat menyukai mu tapi aku tidak boleh meluahkan perasaan itu. Aku risau hanya aku saja yang mempunyai perasaan itu. Aku risau kau akan cakap pada ku, aku hanya syok sendiri. Sungguh! memang aku tidak dapat menipu hati ini. Rasa itu hadir sejak pertama kali aku mengenalimu tapi aku hanya mampu memendam saja. Kata-kata itu tidak mampu aku luahkan. 

Sayang~
Aku tidak tahu mengapa perasaan ini boleh hadir dalam hidup aku. Makin lama aku mahu melupakan mu semakin dekat kau hadir dalam ingatan ku. Apa lagi yang harus aku buat? Sejak aku mengenali mu, kau banyak tunjuk ajar pada ku. Tapi sayang~ perasaan ini aku tidak mampu meluahkan kerna dikhuatiri akan menyakiti hati aku. 

Cemburu~
Hati ini tidak dapat menipu. Memang aku cemburu! Tapi aku masih mampu menahan rasa itu. Cemburu! Memang aku cemburu melihat kau bersamanya. Tapi aku hanya mampu tersenyum dan berdoa agar kau sentiasa bersamanya. Perasaan ini dapat aku kawal dengan bersujud kepada-Nya.

: : maafkan aku sekiranya aku mempunyai perasaan ini terhadap kamu : :

Hanya Wanita Biasa

Aku hanya wanita biasa.
Wanita biasa yang mahu dicintai dan mencintai. Aku mahu merasainya seperti wanita lain. Tapi aku tidak menunggu seseorang untuk jadi kekasih ku. Sebaliknya aku menunggu bakal suami untuk aku merasai seperti wanita lain. Keasyikkan bercinta lebih baik selepas bernikah adalah dijamin kekal buat selamanya. Justeru itu, segala perbuatan yang akan aku lakukan adalah halal.

Aku hanya wanita biasa.
Aku juga punya hati dan perasaan. Aku juga mampu menangis seperti mereka bila dilukai ataupun di sakiti. Tapi aku hanya mampu menahan segala keperitan yang aku lalui. Ini merupakan dugaan dan ujian untuk aku mengharungi setiap hari. Keperitan yang mengajar aku menjadi seorang wanita yang tabah dan sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan.

Aku hanya wanita biasa.
Terkadang aku menjadi lemah dan menjadikan langkah ku semakin pelahan. Aku jatuh dan bangun semula dengan kekuatan yang ada pada ku tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Tapi ada masanya aku memerlukan sokongan dari mereka yang benar mengenali diriku. Sokongan yang mampu membakar semangatku untuk terus melangkah kehadapan dan menjadikan diriku semakin bergerak jauh.

: : walaubagaimanapun, hati aku belum tentu dapat berdiri dengan kuat. luar mampu memberi senyuman tapi hanya Allah yang tahu: :

Sepi



Sunyinya kawasan surau ini. Seperti tidak mahu digunakan lagi. Tiada manusia yang memeriahkan lagi surau ni. Adakah ia akan digunakan semasa bulan puasa saja? Suara azan kini tidak lagi aku dengar. Suara budak-budak mahupun orang dewasa bertadarus kini tiada lagi. Dimanakah mereka semua? Kenapa surau ini di tinggalkan sepi? Kelihatan surau ini masih boleh dipakai oleh semua golongan tidak kira tua mahu pun muda. 

3 tahun yang lepas.
Surau ini dipenuhi dengan penghuni. Sama ada pagi mahupun malam, sama ada bulan puasa mahupun bulan biasa, surau ini sentiasa dipenuhi. Kedengaran suara anak-anak kecil mengaji mendayu-dayu penuh keriangan. Bacaan ayat suci al-Quran disebut dengan teliti dan penuh keasyikkan. Suara azan yang berkumandang bila tiba waktu sungguh asyik memanggil penghuni yang semakin leka untuk menunaikan kewajipan mereka kepada Maha Pencipta. Suara azan yang menyuruh manusia menyembah Tuhan yang Esa.


Kini...
Surau ini hanya ditinggalkan sepi begini. Tiada manusia lagi yang menguruskannya. Semuanya sibuk dengan kerjaya masing-masing. Tidakkah terdetik di hati untuk mengembalikan keceriaan surau ini seperti dahulu? 
Seandainya surau ini boleh berbicara, mesti ia akan berkata "janganlah tinggalkan aku seperti rumah kosong yang tidak berpenghuni. Jangan jadikan aku seperti rumah usang yang telah ditinggalkan bertahun lama," Mungkin !

Aku merindui saat keceriaan surau ini. Kedengaran suara azan dan suara budak-budak mengaji. Tapi kini hanya di tinggalkan kosong, sepi... Adakah surau ini akan kembali seperti dahulu? Aku setia menanti saat itu. 

My Sweety


Lihat mereka??? tu laa kawan-kawan saya. comelkan mereka semua?? semestinya mereka comel. hehehe ni namanya group xoxo kami. Mari aku perkenalkan seorang demi seorang ok. Dari kiri namanya Nor Azza Shakina, sebelah tu aku lah. hehe. Sebelah aku tu namanya Nur Atikha dan last sekali tu Nor syakila . Eh ! ada seoranglah yang tak ada dalam group ni. 



hah! ni dia. Nama gadis bertudung merah ni Anati Asilah. comel kan?? ada tak macam muka aku?? ramai cakap muka kami sama. huhuhu whatever lah! tak penting pun. huhuhu.

Mereka ni "teman, kawan dan sahabat" . Di saat susah dan senang kami sentiasa bersama. Suka dan duka kami berkongsi bersama. sweetkan kami ?? huhu

Yang penting kami saling sayang menyayangi. Tunggu kami keluar sama , ada gambar baru kami berlima nanti aku upload. oke?? sebenarnya ada lagi 2 orang . Seorang ada masalah cikit and yang seorang lagi jarang ada bersama dengan kami. Tu susah nak dapat gambar dia. Tapi ada seorang dapat gambar dia. 

yang hujung sekali dekat dengan pintu . Nama dia Norazizah. Pelajar pandai kelas kami. Tapi kami dah tak bertegur atas sebab tertentu. Tak ngape! asalkan dia tetap kawan aku. Yang lagi seorang tu nanti aku cari gambar dia. Nama dia Nur syafiqa. 

: : cukuplah. nanti updates yang terbaru pulaa. k bubye.!! : :
: : lots of love : :


Syukur


Aku tidak secantik mereka, tapi alhamdulilah kerna aku diberikan rupa.
Aku tidak terkenal seperti mereka, tapi alhamdulilah kerna aku masih dapat dikenali.
Aku tidak mempunyai pasangan seperti mereka, tapi alhamdulilah aku masih mempunyai ramai kawan.

Walaupun aku tidak dapat jadi seperti mereka. Tapi aku sentiasa bersyukur. Bersyukur kerna aku masih memiliki seperti mana mereka dapat miliki. Bukan aku tidak teringin seperti mereka tapi buat apa aku menjadi seperti mereka. Menjadi diri sendiri adalah lebih baik. Biar tidak disegani ramai , asalkan kita tahu menjaga diri.

Bila kita menjadi diri adalah lebih baik kerna ia melambang keperibadian kita sendiri. Tidak perlu kita mengubah diri untuk menarik perhatian orang lain. Tapi adalah lebih kita menjadi serba ringkas kerna keringkasan tu sudah memandai untuk menarik perhatian.

Segalanya aku bersyukur. Menadah kedua-dua belah tangan tanda aku bersyukur kerna Allah telah memberi aku segala-galanya. Sehingga hari ini aku masih boleh bernafas dan bergerak seperti mereka. Aku juga bersyukur kerna Allah telah memberikan kesihatan tubuh badan yang sihat seperti mereka semua. Aku juga bersyukur kerna Alla masih beri keluarga yang sentiasa mendorong aku seperti mereka yang masih mempunyai keluarga. 

Memang aku tidak sehebat mereka tapi apa yang aku miliki sekarang sudah cukup untuk aku meneruskan hidup. Aku tidak perlu menjadi seperti mereka.

^_^