Aku hanya wanita biasa.
Wanita biasa yang mahu dicintai dan mencintai. Aku mahu merasainya seperti wanita lain. Tapi aku tidak menunggu seseorang untuk jadi kekasih ku. Sebaliknya aku menunggu bakal suami untuk aku merasai seperti wanita lain. Keasyikkan bercinta lebih baik selepas bernikah adalah dijamin kekal buat selamanya. Justeru itu, segala perbuatan yang akan aku lakukan adalah halal.
Aku hanya wanita biasa.
Aku juga punya hati dan perasaan. Aku juga mampu menangis seperti mereka bila dilukai ataupun di sakiti. Tapi aku hanya mampu menahan segala keperitan yang aku lalui. Ini merupakan dugaan dan ujian untuk aku mengharungi setiap hari. Keperitan yang mengajar aku menjadi seorang wanita yang tabah dan sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan.
Aku hanya wanita biasa.
Terkadang aku menjadi lemah dan menjadikan langkah ku semakin pelahan. Aku jatuh dan bangun semula dengan kekuatan yang ada pada ku tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Tapi ada masanya aku memerlukan sokongan dari mereka yang benar mengenali diriku. Sokongan yang mampu membakar semangatku untuk terus melangkah kehadapan dan menjadikan diriku semakin bergerak jauh.
: : walaubagaimanapun, hati aku belum tentu dapat berdiri dengan kuat. luar mampu memberi senyuman tapi hanya Allah yang tahu: :