Bukan Kehendak Kita

Kadang-kadang bila hati kita sudah terpaut dekat seseorang. Kita sanggup tunggu dia sampai bila-bila. Hati kita menasihati agar kita setia menanti dia walau apa jua keadaan sekali pun. Itu tandanya kita benar-benar sayangkan dia. Biarpun dia berjauh dari kita tapi hati kita tetap mendoakan agar orang yang kita sayang itu ingat dekat kita dan sentiasa berada dalam keadaan baikkan? 

Biarpun dia sudah merobek hati kita dengan sikap dan perangainya tapi kita masih lagi mahu dekat dia. Hati kita sakit dek kerna kesilapan yang dia lakukan tapi kita masih mampu bertahan. Sebab apa kita bertahan? Sebab perasaan sayang yang masih menebal dalam diri. Biar hati kita dilukai seribu kali pun, kita sanggup biarkn disakiti. Ini semua disebabkan perasaan yang masih segar dalam hati ni. 

Tiap kali kita bersamanya. kita berasa sangat bahagia. Kenapa bahagia? sebab dia mampu buat kita tersenyum. Kita tidak peduli kata orang yang mengatakan keburukkan orang yang sayang. Kita tak peduli semua itu. Bagi kita, dia satu-satunya orang yang mampu beri kebahagiaan kepada kita. Malah kita yakin bahawa dia akan menjadi milik kita sehingga ke akhir hayat. Kita sering berdoa agar dia menjadi milik kita untuk selamanya. Tapi kita hanya insan biasa yang tak mampu melawan takdir Allah. Allah telah menentukan segalanya untuk kita.

Sehinggalah kita benar-benar disakiti dan saat itu kita akan menganggap dia kita ni lemah dan tak mampu berfikir secara matang. Kita menangis , menangis dan terus menangis. Kenapa menangis? Menangis sebab hati dilukai seperti dicucuk belanti yang lebih tajam dari mata pedang. Malah saat itu kita mengutuk diri sendiri kerna tidak percaya dengan kata-kata orang lain. Kita menyayanginya dengan sepenuh hati tapi kenapa harus begini? Bukan kehendak kita tapi semuanya ketentuan-Nya. 

Siang malam kita berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan. Kekuatan yang kita temui mampu buat kita tersenyum semula. Walaupun kita mampu tersenyum tapi hati kita masih terasa perit itu kerna setiap kenangan yang tercipta sering berlegar dalam ingatan. Tanpa kita sedari, kita berdoa dan berharap agar dia kembali semula dalam hidup kita. 

Dengan takdir Ilahi. Dia kembali semula dalam hidup kita. Tapi mampukah menerimanya semula? Tanya hati kita sendiri. Setiap manusia tidak terlepas melakukan kesilapan sama ada besar ataupun kecil. Kita hanya manusia biasa , tak mempunyai apa-apa kuasa untuk menghalang sesuatu yang buruk itu berlaku. Tak salah untuk kita terima dia semula. Asalkan dia benar-benar ikhlas untuk menjalinkan hubungan yang suci dan di redhai oleh Allah.

Akhirnya kita dapat memilik kebahagiaan itu bersama insan yang kita cintai. Mahukan kebahagiaan yang kekal selamanya tidak mudah. Kita perlu kuat menghadapi dugaan dan ujian yang datang kepada kita. Doa adalah senjata yang paling kuat untuk kita sebagai orang Islam. Bukan disaat sedih dan susah je baru kita nak berdoa tapi disaat senang juga kita digalakkan berdoa. Begitu juga Solat! 

Bicara Dari Hati ♥

Perasaan aneh datang menempa dalam jiwa aku! Kenapa ni? Sakit hati ? Tapi kenapa pula nak sakit hati ni? Mainan perasaan ni. Dhiya! dia sudah tidak ada makna lagi dalam hidup ni tapi kenapalah kau masih lagi nak tahu pasal dia. Sekarang cuba kau lihat dia? nampakkan dia tersenyum? itu tandanya dia sedang bahagia sekarang. Maksudnya dia bahagia dengan insan yang baru dijumpainya.

Adakah kau masih berharap yang dia akan kembali dalam hidup kau lagi? Baik kau hentikan pengharapan ni. semuanya sia-sia saja. Apakata kau bukakan pintu hati kau untuk menerima orang lain. kenangan lalu biarkan berlalu. Semua itu adalah kenangan hidup kau dan sekarang kau patut beri peluang kepada mereka yang sedang menanti. Tak rugi pun kalau kau terima orang lain dalam hidup kau. Sudah tertulis kau dengan dia tak ada jodoh. jadi memang patut pun kau lupakan dia.

Tak salah pun kalau kau ambil berat pasal dia tapi ingat! Hanya sebagai KAWAN! Jangan simpan lagi apa-apa perasaan terhadapnya , okay Dhiya!  Pengenalan dulu merupakan takdir. Takdir Allah ! Kau harus kuat Dhiya! Pertemuan itu hanya untuk mengajar kita menjadi insan yang lebih kuat untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang akan datang! Tolonglah jangan mengalah sebelum berperang!

Sudah! Jangan fikirkan lagi pasal dia. Dia tak pernah pun fikir pasal kau. Tak pernah pun tanya khabar dekat kau. Malah ulang tahun kelahiran kau pun dia tak pernah nak ucap. Jadi baik kau buang yang keruh , ambil yang jernih. Allah sentiasa ada bersama kau. Jangan risau! Kau tak ditinggalkan bersendirian. Kau masih mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang setia menemani kau. Tak payah lagi fikir pasal dia.

Tapi mungkin sebab aku selalu memendam perasaan ni. Tulah sebab dia tak pernah tahu perasaan aku. Aku tak boleh juga menyalahkan dia. Semuanya suratan takdir. Pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan-Nya.
Redha ajelah. SMILE ^_^

Mampukah Aku?

memang aku seorang perempuan tapi aku tidak semulia Khadijah.
Sifat yang dimiliki oleh Saiditina Khadijah begitu mulia dan di sanjung tinggi.
Sifat Saiditina sungguh agung dan tiada cacat celanya.
Siapakah aku untuk menjadi sepertinya?

memang aku seorang perempuan tapi aku tidak setaqwa Aisyah.
Saiditina Aisyah adalah belahan Nabi Muhammad S.A.W..
Seorang wanita dengan memiliki fahaman yang tajam dalam ilmu agama.
Mampukah aku menjadi sepertinya?

memang aku seorang perempuan tapi aku tidak setabah Fatimah.
ketabahan, kecekalan dan kesabaran yang dimiliki oleh Saiditina Fatimah sungguh kuat.
kuatkah aku menempuhi segala dugaan sepertinya?

aku hanya wanita biasa yang hidup diakhir zaman. Aku ingin menjadi seperti mereka tapi bolehkah? Segal-galanya bergantung kepada kehendak hati aku sendiri. Aku wanita Islam yang dilahirkan pada akhir zaman. Keinginan aku cuma satu. Ingin jadi wanita yang solehah. Adakah akan termakbul doa ku?

aku wanita biasa yang mampu berdoa kepada-Nya agar diberikan pelindungan dari kemaksiatan. Kadang-kadang aku lemah menghadapi dugaan. Aku tidak sekuat mereka!

YA ALLAH! bantulah hamba-Mu ini. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku meminta segala pertolongan dan mengadu segala perihal yang menganggu hati dan fikiran ku. Ampunilah dosa hamba-Mu ini. Amin~

Perasaan Jiwa

Rindu~
Memang terasa sangat rindu tapi aku tidak mampu meluahkannya. Bagaimana aku nak mulakan? Tapi aku tidak berani meluahkan segalanya. Aku hanya mampu memendamkan saja rasa itu. Aku tidak mampu mengeluarkan kata itu. Dalam diam aku memang terasa sangat merinduinya. Segala rindunya dapat dilepasi dengan hanya melihat gambar dan sms darinya saja. 

Suka~
Hati ini memang teramat menyukai mu tapi aku tidak boleh meluahkan perasaan itu. Aku risau hanya aku saja yang mempunyai perasaan itu. Aku risau kau akan cakap pada ku, aku hanya syok sendiri. Sungguh! memang aku tidak dapat menipu hati ini. Rasa itu hadir sejak pertama kali aku mengenalimu tapi aku hanya mampu memendam saja. Kata-kata itu tidak mampu aku luahkan. 

Sayang~
Aku tidak tahu mengapa perasaan ini boleh hadir dalam hidup aku. Makin lama aku mahu melupakan mu semakin dekat kau hadir dalam ingatan ku. Apa lagi yang harus aku buat? Sejak aku mengenali mu, kau banyak tunjuk ajar pada ku. Tapi sayang~ perasaan ini aku tidak mampu meluahkan kerna dikhuatiri akan menyakiti hati aku. 

Cemburu~
Hati ini tidak dapat menipu. Memang aku cemburu! Tapi aku masih mampu menahan rasa itu. Cemburu! Memang aku cemburu melihat kau bersamanya. Tapi aku hanya mampu tersenyum dan berdoa agar kau sentiasa bersamanya. Perasaan ini dapat aku kawal dengan bersujud kepada-Nya.

: : maafkan aku sekiranya aku mempunyai perasaan ini terhadap kamu : :

Hanya Wanita Biasa

Aku hanya wanita biasa.
Wanita biasa yang mahu dicintai dan mencintai. Aku mahu merasainya seperti wanita lain. Tapi aku tidak menunggu seseorang untuk jadi kekasih ku. Sebaliknya aku menunggu bakal suami untuk aku merasai seperti wanita lain. Keasyikkan bercinta lebih baik selepas bernikah adalah dijamin kekal buat selamanya. Justeru itu, segala perbuatan yang akan aku lakukan adalah halal.

Aku hanya wanita biasa.
Aku juga punya hati dan perasaan. Aku juga mampu menangis seperti mereka bila dilukai ataupun di sakiti. Tapi aku hanya mampu menahan segala keperitan yang aku lalui. Ini merupakan dugaan dan ujian untuk aku mengharungi setiap hari. Keperitan yang mengajar aku menjadi seorang wanita yang tabah dan sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan.

Aku hanya wanita biasa.
Terkadang aku menjadi lemah dan menjadikan langkah ku semakin pelahan. Aku jatuh dan bangun semula dengan kekuatan yang ada pada ku tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Tapi ada masanya aku memerlukan sokongan dari mereka yang benar mengenali diriku. Sokongan yang mampu membakar semangatku untuk terus melangkah kehadapan dan menjadikan diriku semakin bergerak jauh.

: : walaubagaimanapun, hati aku belum tentu dapat berdiri dengan kuat. luar mampu memberi senyuman tapi hanya Allah yang tahu: :

Sepi



Sunyinya kawasan surau ini. Seperti tidak mahu digunakan lagi. Tiada manusia yang memeriahkan lagi surau ni. Adakah ia akan digunakan semasa bulan puasa saja? Suara azan kini tidak lagi aku dengar. Suara budak-budak mahupun orang dewasa bertadarus kini tiada lagi. Dimanakah mereka semua? Kenapa surau ini di tinggalkan sepi? Kelihatan surau ini masih boleh dipakai oleh semua golongan tidak kira tua mahu pun muda. 

3 tahun yang lepas.
Surau ini dipenuhi dengan penghuni. Sama ada pagi mahupun malam, sama ada bulan puasa mahupun bulan biasa, surau ini sentiasa dipenuhi. Kedengaran suara anak-anak kecil mengaji mendayu-dayu penuh keriangan. Bacaan ayat suci al-Quran disebut dengan teliti dan penuh keasyikkan. Suara azan yang berkumandang bila tiba waktu sungguh asyik memanggil penghuni yang semakin leka untuk menunaikan kewajipan mereka kepada Maha Pencipta. Suara azan yang menyuruh manusia menyembah Tuhan yang Esa.


Kini...
Surau ini hanya ditinggalkan sepi begini. Tiada manusia lagi yang menguruskannya. Semuanya sibuk dengan kerjaya masing-masing. Tidakkah terdetik di hati untuk mengembalikan keceriaan surau ini seperti dahulu? 
Seandainya surau ini boleh berbicara, mesti ia akan berkata "janganlah tinggalkan aku seperti rumah kosong yang tidak berpenghuni. Jangan jadikan aku seperti rumah usang yang telah ditinggalkan bertahun lama," Mungkin !

Aku merindui saat keceriaan surau ini. Kedengaran suara azan dan suara budak-budak mengaji. Tapi kini hanya di tinggalkan kosong, sepi... Adakah surau ini akan kembali seperti dahulu? Aku setia menanti saat itu. 

My Sweety


Lihat mereka??? tu laa kawan-kawan saya. comelkan mereka semua?? semestinya mereka comel. hehehe ni namanya group xoxo kami. Mari aku perkenalkan seorang demi seorang ok. Dari kiri namanya Nor Azza Shakina, sebelah tu aku lah. hehe. Sebelah aku tu namanya Nur Atikha dan last sekali tu Nor syakila . Eh ! ada seoranglah yang tak ada dalam group ni. 



hah! ni dia. Nama gadis bertudung merah ni Anati Asilah. comel kan?? ada tak macam muka aku?? ramai cakap muka kami sama. huhuhu whatever lah! tak penting pun. huhuhu.

Mereka ni "teman, kawan dan sahabat" . Di saat susah dan senang kami sentiasa bersama. Suka dan duka kami berkongsi bersama. sweetkan kami ?? huhu

Yang penting kami saling sayang menyayangi. Tunggu kami keluar sama , ada gambar baru kami berlima nanti aku upload. oke?? sebenarnya ada lagi 2 orang . Seorang ada masalah cikit and yang seorang lagi jarang ada bersama dengan kami. Tu susah nak dapat gambar dia. Tapi ada seorang dapat gambar dia. 

yang hujung sekali dekat dengan pintu . Nama dia Norazizah. Pelajar pandai kelas kami. Tapi kami dah tak bertegur atas sebab tertentu. Tak ngape! asalkan dia tetap kawan aku. Yang lagi seorang tu nanti aku cari gambar dia. Nama dia Nur syafiqa. 

: : cukuplah. nanti updates yang terbaru pulaa. k bubye.!! : :
: : lots of love : :


Syukur


Aku tidak secantik mereka, tapi alhamdulilah kerna aku diberikan rupa.
Aku tidak terkenal seperti mereka, tapi alhamdulilah kerna aku masih dapat dikenali.
Aku tidak mempunyai pasangan seperti mereka, tapi alhamdulilah aku masih mempunyai ramai kawan.

Walaupun aku tidak dapat jadi seperti mereka. Tapi aku sentiasa bersyukur. Bersyukur kerna aku masih memiliki seperti mana mereka dapat miliki. Bukan aku tidak teringin seperti mereka tapi buat apa aku menjadi seperti mereka. Menjadi diri sendiri adalah lebih baik. Biar tidak disegani ramai , asalkan kita tahu menjaga diri.

Bila kita menjadi diri adalah lebih baik kerna ia melambang keperibadian kita sendiri. Tidak perlu kita mengubah diri untuk menarik perhatian orang lain. Tapi adalah lebih kita menjadi serba ringkas kerna keringkasan tu sudah memandai untuk menarik perhatian.

Segalanya aku bersyukur. Menadah kedua-dua belah tangan tanda aku bersyukur kerna Allah telah memberi aku segala-galanya. Sehingga hari ini aku masih boleh bernafas dan bergerak seperti mereka. Aku juga bersyukur kerna Allah telah memberikan kesihatan tubuh badan yang sihat seperti mereka semua. Aku juga bersyukur kerna Alla masih beri keluarga yang sentiasa mendorong aku seperti mereka yang masih mempunyai keluarga. 

Memang aku tidak sehebat mereka tapi apa yang aku miliki sekarang sudah cukup untuk aku meneruskan hidup. Aku tidak perlu menjadi seperti mereka.

^_^