Hargai dia

Bila kita suka seseorang. Kita akan cuba dapatkan dia. Walau apa jua caranya. Meskipun dia tak layan kita , tapi kita rasa seronok sangat bila kita dapat tengok dia senyum dan ketawa tanda kegembiraan. Kita akan cari pelbagai jalan untuk mendapatkan dia. Kita akan cari maklumat dia sampai dapat. Bila dah dapat maklumat dia. Kita akan tahu apa yang dia suka , makan kegemaran dia apa , tempat tinggal dia kat mana. Semu kita akan tahu dan yang paling penting adalah tarikh lahir dia dan dia sudah berpunya ke belum. Itu yang kita betul-betul nak tahu. 

Bila kita sudah dapat dia. Kita adalah orang yang paling bahagia kerana kita dapat milik orang yang paling kita suka. Kita mula kenal dia lebih dalam. Pada mulanya, apa jua keburukan kita dia dapat terima dari hari ke hari. Semakin lama hubungan yang kita bina itu semakin erat. Bila ada masalah atau apa-apa dugaan yang buat kita bergaduh. Dia dapat menghadapi dengan sabar. Malah dia sering mengalah bila kita melakukan satu kesalahan yang telah menyakitkan hati dan perasaan dia. Sering memberinya kemaafkan kepadanya sebabnya kitalah orang yang paling dia sayang. Kita tak pernah nak mengetahui perasaan dia macam mana. 

Kita sering menyakitkan hati kerana kita fikir dia sayang kita. Jadi dia boleh terima kita seandainya. Sangkaan kita memang meleset sekali. Sebenarnya perasaan dia cukup terluka bila kita telah menyakitkan hatinya. Tapi dia tidak pernah menunjukkan perasaan itu kerana dia ingin menjaga perasaan kita. Dan kita terus , terus dan terus menyakitkan hatinya dalam diam. Dia menangis kita tidak pernah tahu. Tangisannya hanyalah untuk melepaskan segala yang terpendam dalam hatinya. Dia tak mampu nak meluahkan segalanya demi kita.

Sehinggalah sesaat itu kita telah melakukan satu kesalahan yang cukup besar baginya. Sehingga dia sanggup meninggalkan kita. Kerana dia tidak lagi sanggup menyeksa hati dan perasaannya. Dia pergi meninggalkan kita tanpa satu kata pun. Kerana baginya kita sudah tak ada makna lagi untuk dia. 

Saat itu dia tak mungkin menerima kita lagi. Puas kita melakukan untuk memujuk dia agar kembali semula dalam hidup kita. Dia mungkin dapat memaafkan kita. Tapi dia tak mungkin dapat menerima kita semula. Dia akan menjadi lebih "mahal" kerana tidak mahu disakiti lagi. Cukup hanya sekali. Sekali sudah mengajar kita agar menjadi insan yang lebih menghargai insan lain.


: : Hargai dia selagi dia masih ada di sisi kita . : :

Maafkan Aku

Aku manusia biasa dan aku mempunyai perasaan. Hargailah perasaan ini. Kenapa dulu disaat aku perlukan kamu. Kamu tidak pernah hadir dalam hidup aku. Kenapa bila aku tidak perlukan kamu. Tapi kamu kembali semula. Adakah kamu telah menyedari sesuatu yang telah hilang?? setahun aku menunggu kamu kembali. Aku setia menunggu panggilan dari kamu. Tapi kamu pernah menyedarinya tak?? sedikit pun kamu tidak pernah menyedarinya. Aku hanya sendiri tanpa kamu.

Sejujurnya aku tidak boleh lagi menerima kamu dalam hati aku. Kerana hati ku sudah tertutup buat kamu. Kasih sayang yang aku berikan kepadamu sedikit pun kamu tidak pernah hargainya. Kini kenapa kamu menagih kasih yang dulu?? Tak penat ke tiap-tiap hari kamu menelefon aku tapi aku tak penah nak mengangkatnya. Tak bosan ke kamu melakukan seperti itu??

Disaat aku perlukan kamu, tidak pernah kamu ada. Selepas kamu tinggalkan aku dulu, aku sakit. Seminggu aku deman. Semua kerana kamu. Sebab kamulah aku sakit. Hati aku teramat sakit kerana kamu boleh memilih teman baikku sendiri. Sedar tak kamu masa itu?? Sedikit pun tak. Aku call kamu tak pernah angkat. Aku text kamu tapi tidak pernah kamu nak balas. Sia-sia aku mengalirkan air mata untuk kamu yang tak pernah hargai aku. Sekarang kamu mahu aku kembali kepangkuan kamu??
Maaf!! aku tidak dapat kembali ke pangkuan kamu.


Sekali kamu buat aku macam itu. Kemungkinan besar kamu akan melakukan lagi terhadap aku. Carilah perempuan yang boleh jadi Queen dalam hidup kamu. Tapi bukan aku.

: : Muhammad Zaidi Bin Hashim : : (take note)

Rindu Insan Larangan

Bagaimana mahu mengucapkan padanya bahawa aku sedang merinduinya. Benar aku memang tersangat merinduinya. Tapi aku tak bisa mengucapkannya. Kerana aku tahu dia sudah menjadi milik orang lain. Sejak awal perkenalan aku dengannya, dia sudah mula menceritakan yang dia sudah pun mempunyai tunang.
Sanggupkah aku merampasnya?? Bukan itu sifat ku untuk mengambil hak orang lain.

Hati aku memang tertanya-tanya. Bagaimanakan keadaan dia sekarang? Adakah dia dalam keadaan sihat ?
Sehingga sekarang aku masih menunggu panggilan darinya. Dari hari ke hari aku masih terus menanti. Ingin mengalirkan air mata ini untuk melepaskan rindu. Tapi aku tidak sanggup tangisi tunangan orang. 

Kadangkalanya, hati aku bertanya. Adakah aku masih menunggu dia? Walaupun dia sudah dimiliki. Harapan yang tinggi sepatutnya tidak perlu dipahatkan di hati ini. Walaupun dia sudah menjadi hak orang. Tapi tidak menghalang aku untuk mendoakan kebahagiaan dia. Mungkin Allah telah menetapkan sesuatu untuk aku. Dan aku sebagai hamba-Nya harus sentiasa berdoa kepada-Nya agar aku dipertemukan dengan insan yang benar mencintaiku dan menyayangiku kerana Allah S.W.T.. Dan aku masih menunggu insan itu.

Memang hati aku merinduinya tapi rindu ku hanya sebagai seorang sahabat, teman dan kawan. Aku tidak mahu digelar sebagai insan yang tidak mempunyai perasaan. Aku seorang perempuan dan aku teramat faham hati seorang perempuan. Aku amat bersyukur kerana aku dapat berkenalan dengannya walaupun hanya seketika. Mungkin ada rezeki aku dengan dia, aku akan bertemu dia semula. 

: : Saya doakan kebahagiaan awak ^_^ : :

Hidup Ini Tak Selamanya Indah

Hidup ini tak selamanya indah ! 
kadang-kadang kita akan merasa sangat susah.
kadang-kadang kita merasa hidup  ini tersangat senang.
kadang-kadang kita merasa hidup ini sedih sangat.
kadang-kadang  kita merasa hidup ini sangat bahagia.

Tak semua itu akan kita miliki. Semua itu hanya sementara. Kesementaraan itu harus kita merasa bersyukur kerana kita dapat merasainya walaupun sekejap. 

Hidup yang susah telah tersembunyi kesenangan baginya.
Hidup yang senang pasti akan merasa susah kelak.
Hidup yang sentiasa merasa sedih sebenarnya akan hadir saat yang sangat bahagia.
Hidup yang sangat bahagia akan datang hari yang paling sedih untuknya.

Semua yang kita miliki itu tidak tetap. Akan sembunyi sesuatu di sebaliknya. Apa jua keadaan yang datang kepada kita hendaklah kita menerimanya dengan redha dan sentiasa bersujud syukur kepada-Nya. Sesungguhnya Dia telah menetapkan sesuatu untuk kita menempuh hari yang akan datang. Kita hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan.


Tanpa Kita Sedari

Bila hati seseorang menyukai kita. Dia akan cuba berusaha untuk mendekati kita. Tak kisah apa jua keadaannya, pasti dia akan berusaha untuk mengenali kita. Tapi bila dia sudah mengenali, kita mula menjalinkan hubungan persahabatan dengannya. Kerana dengan hubungan itu dia akan lebih dekat dengan kita. Bila hubungan persahabatan itu menjadi erat, telah membuatkan dia di beri peluang untuk mencuri hati kita. Tapi kita tidak pernah menyedarinya kerana kita lebih menganggapnya sebagai teman disaat suka dan duka. 

Dia seorang sahabat yang sangat baik. Seorang yang sangat memahami. Seorang yang sangat prihatin terhadap temannya. Dia tidak pernah menceritakan kesedihannya kepada kita kerana dia mahu kita sentiasa senyum dan gembira. Di setiap kegembiraan kita, adalah kegembiraannya juga. Dia tidak pernah jemu melayan kerenah kita. Malah dia sentiasa senyum melayan kita tanpa mengeluh. Itu kerana dia amat mencintai kita. Tapi kita tidak pernah sedar.

Bila kita dalam kesedihan,tidak akan ada orang lain kita hubungi melainkan dia. Dan bila dia mendapat panggilan dari kita, dia segera datang untuk mendengar kesedihan yang kita alami ketika itu. Disaat kesedihan itu, dia datang untuk mengembalikan keceriaan kita seperti selalu. Disaat kesedihan itu juga, dia menjadi "sapu tangan" yang mengeringkan air mata kita. Dia sudi menadah telinga untuk mendengar segala kesedihan yang kita sedang hadapi. Dia sudi juga memberi bahu untuk kita melepaskan kesedihan sehingga bajunya basah tanpa mengeluarkan satu perkataan pun. Yang penting baginya, kita telah melepaskan segala kesedihan yang terbuku. Tapi kita masih belum menyedarinya.

Sehinggalah kita telah menemui seseorang yang telah membuka pintu hati kita. Dengan perasaan yang gembira, kita berkongsi cerita dengan dia. Dalam diam hatinya menangis kerana kita masih tidak sedar akan cintanya untuk kita. Bila kita berkongsi segalanya dengan dia. Dia hanya mampu tersenyum kerana dia telah melihat kita bahagia. Tapi kita tidak dapat melihat bahawa dia sedang menangis di sebalik senyum yang di ukirkan itu. 

Bila kita bergaduh dengan pasangan kita. Dia juga tempat kita bercerita. Bila kita pergi berdating pun , dia juga tempat kita berkongsi cerita. Tapi kita tidak pernah tanya tentang teman hidupnya. Kita tidak pernah tahu siapa dalam hatinya. 

Sehinggalah dia telah hilang dari pandangan kita. Pada mulanya mungkin kita hanya berfikir dia sudah ada penganti baru. Tapi sebenarnya dia pergi membawa diri kerana tidak mahu menganggu hubungan kita. Disaat  itu baru kita sedari bahawa kita telah kehilangan insan yang amat menyayangi kita. Dari situ juga kita baru sedar bahawa kita telah kehilangan insan yang amat mencintai kita. 

Kita cuba mencari dan terus mencari.  Sehingga kita mendapat panggilan bahawa dia sudah tiada lagi di dunia ini. Kita menangis kerana kehilangannya dalam sekelip mata. Tapi kita tidak pernah kehilangan kenangan yang di berikan kepada kita. Tangisan itu tidak akan mengembalikan dia kepada kita lagi.

Disaat itu kita telah benar-benar kehilangan insan yang menghargai kita disaat susah dan senang tanpa mengeluh . 
Disaat itu kita telah kehilangan insan yang sering membahagiakan kita dan sering melayan kerenah kita tanpa  jemu. 
Disaat itu kita telah kehilangan insan yang sering mendengar tangisan kita. 
Disaat itu kita telah kehilangan insan yang sudi memberi bahunya untuk melepaskan kesedihan.
Disaat itu juga kita telah kehilangan insan yang selalu membuat kita tersenyum.
Dan kita juga telah kehilangan seorang insan yang ikhlas dan jujur dalam menjalinkan sebuah perhubungan.



(gambar hiasan sahaja)




: : orang yang mencintai kita itu sebenarnya tidak pernah melafazkannya. sehingga dia pergi baru kita menyedari erti cinta yang sebenarnya. : :
: : Cinta kepada manusia hanya sementara, Cinta Ilahi kekal untuk selamanya : :


kadang-kadang

kadang-kadang senyap lebih baik dari bersuara..
kerana bila bersuara, masalah yang kecil pun boleh menjadi masalh yang paling besar..
kadang-kadang kita perlu bersuara..
kerana ada masa kita mendiamkan diri, orang akan mencari memijak kita..
bangun dan bersuaralah demi kepentingan diri kita sendiri..
kadang-kadang kita sudah cuba untuk menjadi yang terbaik ..
tetapi masih ada yang cuba untuk menjatuhkan kita...
kadang-kadang kita merasa yang di samping kita itu orang yang paling memahami kita..
tetapi sebenarnya ia menyembunyikan 1001 rahsia yang kita tidak parnah tahu...


kita cuba untuk melakukan yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak.. tapi masih ada pihak yang sering memandang kepada kelemahan kita... walaupun kita sudah menutup kelemahan itu dengan membuktikan bahawa kita boleh menjadi yang terbaik.. namun sukar untuk menjadi yang terbaik..
oleh itu, kita hrus terus kehadapan dan pedulikan apa orang nak cakap dekat kita.. yang penting kita tidak menganggu hidup mereka kan??? ^_^ mereka sebenarnya iri dengan keupayaan kita... itu sebablah mereka akan mencari pelbagai cara untuk menjatuhkan kita.. tapi kita semua harus kuat untuk menghadapi dugaan ini.. BERUSAHA TANPA MENGENAL ERTI GAGAL!!!


ikhlas :: cik dhia azie <3