Tanpa Kita Sedari

Bila hati seseorang menyukai kita. Dia akan cuba berusaha untuk mendekati kita. Tak kisah apa jua keadaannya, pasti dia akan berusaha untuk mengenali kita. Tapi bila dia sudah mengenali, kita mula menjalinkan hubungan persahabatan dengannya. Kerana dengan hubungan itu dia akan lebih dekat dengan kita. Bila hubungan persahabatan itu menjadi erat, telah membuatkan dia di beri peluang untuk mencuri hati kita. Tapi kita tidak pernah menyedarinya kerana kita lebih menganggapnya sebagai teman disaat suka dan duka. 

Dia seorang sahabat yang sangat baik. Seorang yang sangat memahami. Seorang yang sangat prihatin terhadap temannya. Dia tidak pernah menceritakan kesedihannya kepada kita kerana dia mahu kita sentiasa senyum dan gembira. Di setiap kegembiraan kita, adalah kegembiraannya juga. Dia tidak pernah jemu melayan kerenah kita. Malah dia sentiasa senyum melayan kita tanpa mengeluh. Itu kerana dia amat mencintai kita. Tapi kita tidak pernah sedar.

Bila kita dalam kesedihan,tidak akan ada orang lain kita hubungi melainkan dia. Dan bila dia mendapat panggilan dari kita, dia segera datang untuk mendengar kesedihan yang kita alami ketika itu. Disaat kesedihan itu, dia datang untuk mengembalikan keceriaan kita seperti selalu. Disaat kesedihan itu juga, dia menjadi "sapu tangan" yang mengeringkan air mata kita. Dia sudi menadah telinga untuk mendengar segala kesedihan yang kita sedang hadapi. Dia sudi juga memberi bahu untuk kita melepaskan kesedihan sehingga bajunya basah tanpa mengeluarkan satu perkataan pun. Yang penting baginya, kita telah melepaskan segala kesedihan yang terbuku. Tapi kita masih belum menyedarinya.

Sehinggalah kita telah menemui seseorang yang telah membuka pintu hati kita. Dengan perasaan yang gembira, kita berkongsi cerita dengan dia. Dalam diam hatinya menangis kerana kita masih tidak sedar akan cintanya untuk kita. Bila kita berkongsi segalanya dengan dia. Dia hanya mampu tersenyum kerana dia telah melihat kita bahagia. Tapi kita tidak dapat melihat bahawa dia sedang menangis di sebalik senyum yang di ukirkan itu. 

Bila kita bergaduh dengan pasangan kita. Dia juga tempat kita bercerita. Bila kita pergi berdating pun , dia juga tempat kita berkongsi cerita. Tapi kita tidak pernah tanya tentang teman hidupnya. Kita tidak pernah tahu siapa dalam hatinya. 

Sehinggalah dia telah hilang dari pandangan kita. Pada mulanya mungkin kita hanya berfikir dia sudah ada penganti baru. Tapi sebenarnya dia pergi membawa diri kerana tidak mahu menganggu hubungan kita. Disaat  itu baru kita sedari bahawa kita telah kehilangan insan yang amat menyayangi kita. Dari situ juga kita baru sedar bahawa kita telah kehilangan insan yang amat mencintai kita. 

Kita cuba mencari dan terus mencari.  Sehingga kita mendapat panggilan bahawa dia sudah tiada lagi di dunia ini. Kita menangis kerana kehilangannya dalam sekelip mata. Tapi kita tidak pernah kehilangan kenangan yang di berikan kepada kita. Tangisan itu tidak akan mengembalikan dia kepada kita lagi.

Disaat itu kita telah benar-benar kehilangan insan yang menghargai kita disaat susah dan senang tanpa mengeluh . 
Disaat itu kita telah kehilangan insan yang sering membahagiakan kita dan sering melayan kerenah kita tanpa  jemu. 
Disaat itu kita telah kehilangan insan yang sering mendengar tangisan kita. 
Disaat itu kita telah kehilangan insan yang sudi memberi bahunya untuk melepaskan kesedihan.
Disaat itu juga kita telah kehilangan insan yang selalu membuat kita tersenyum.
Dan kita juga telah kehilangan seorang insan yang ikhlas dan jujur dalam menjalinkan sebuah perhubungan.



(gambar hiasan sahaja)




: : orang yang mencintai kita itu sebenarnya tidak pernah melafazkannya. sehingga dia pergi baru kita menyedari erti cinta yang sebenarnya. : :
: : Cinta kepada manusia hanya sementara, Cinta Ilahi kekal untuk selamanya : :