Aku manusia biasa dan aku mempunyai perasaan. Hargailah perasaan ini. Kenapa dulu disaat aku perlukan kamu. Kamu tidak pernah hadir dalam hidup aku. Kenapa bila aku tidak perlukan kamu. Tapi kamu kembali semula. Adakah kamu telah menyedari sesuatu yang telah hilang?? setahun aku menunggu kamu kembali. Aku setia menunggu panggilan dari kamu. Tapi kamu pernah menyedarinya tak?? sedikit pun kamu tidak pernah menyedarinya. Aku hanya sendiri tanpa kamu.
Sejujurnya aku tidak boleh lagi menerima kamu dalam hati aku. Kerana hati ku sudah tertutup buat kamu. Kasih sayang yang aku berikan kepadamu sedikit pun kamu tidak pernah hargainya. Kini kenapa kamu menagih kasih yang dulu?? Tak penat ke tiap-tiap hari kamu menelefon aku tapi aku tak penah nak mengangkatnya. Tak bosan ke kamu melakukan seperti itu??
Disaat aku perlukan kamu, tidak pernah kamu ada. Selepas kamu tinggalkan aku dulu, aku sakit. Seminggu aku deman. Semua kerana kamu. Sebab kamulah aku sakit. Hati aku teramat sakit kerana kamu boleh memilih teman baikku sendiri. Sedar tak kamu masa itu?? Sedikit pun tak. Aku call kamu tak pernah angkat. Aku text kamu tapi tidak pernah kamu nak balas. Sia-sia aku mengalirkan air mata untuk kamu yang tak pernah hargai aku. Sekarang kamu mahu aku kembali kepangkuan kamu??
Maaf!! aku tidak dapat kembali ke pangkuan kamu.
Sekali kamu buat aku macam itu. Kemungkinan besar kamu akan melakukan lagi terhadap aku. Carilah perempuan yang boleh jadi Queen dalam hidup kamu. Tapi bukan aku.
: : Muhammad Zaidi Bin Hashim : : (take note)