Hargai dia

Bila kita suka seseorang. Kita akan cuba dapatkan dia. Walau apa jua caranya. Meskipun dia tak layan kita , tapi kita rasa seronok sangat bila kita dapat tengok dia senyum dan ketawa tanda kegembiraan. Kita akan cari pelbagai jalan untuk mendapatkan dia. Kita akan cari maklumat dia sampai dapat. Bila dah dapat maklumat dia. Kita akan tahu apa yang dia suka , makan kegemaran dia apa , tempat tinggal dia kat mana. Semu kita akan tahu dan yang paling penting adalah tarikh lahir dia dan dia sudah berpunya ke belum. Itu yang kita betul-betul nak tahu. 

Bila kita sudah dapat dia. Kita adalah orang yang paling bahagia kerana kita dapat milik orang yang paling kita suka. Kita mula kenal dia lebih dalam. Pada mulanya, apa jua keburukan kita dia dapat terima dari hari ke hari. Semakin lama hubungan yang kita bina itu semakin erat. Bila ada masalah atau apa-apa dugaan yang buat kita bergaduh. Dia dapat menghadapi dengan sabar. Malah dia sering mengalah bila kita melakukan satu kesalahan yang telah menyakitkan hati dan perasaan dia. Sering memberinya kemaafkan kepadanya sebabnya kitalah orang yang paling dia sayang. Kita tak pernah nak mengetahui perasaan dia macam mana. 

Kita sering menyakitkan hati kerana kita fikir dia sayang kita. Jadi dia boleh terima kita seandainya. Sangkaan kita memang meleset sekali. Sebenarnya perasaan dia cukup terluka bila kita telah menyakitkan hatinya. Tapi dia tidak pernah menunjukkan perasaan itu kerana dia ingin menjaga perasaan kita. Dan kita terus , terus dan terus menyakitkan hatinya dalam diam. Dia menangis kita tidak pernah tahu. Tangisannya hanyalah untuk melepaskan segala yang terpendam dalam hatinya. Dia tak mampu nak meluahkan segalanya demi kita.

Sehinggalah sesaat itu kita telah melakukan satu kesalahan yang cukup besar baginya. Sehingga dia sanggup meninggalkan kita. Kerana dia tidak lagi sanggup menyeksa hati dan perasaannya. Dia pergi meninggalkan kita tanpa satu kata pun. Kerana baginya kita sudah tak ada makna lagi untuk dia. 

Saat itu dia tak mungkin menerima kita lagi. Puas kita melakukan untuk memujuk dia agar kembali semula dalam hidup kita. Dia mungkin dapat memaafkan kita. Tapi dia tak mungkin dapat menerima kita semula. Dia akan menjadi lebih "mahal" kerana tidak mahu disakiti lagi. Cukup hanya sekali. Sekali sudah mengajar kita agar menjadi insan yang lebih menghargai insan lain.


: : Hargai dia selagi dia masih ada di sisi kita . : :