Rindu Insan Larangan

Bagaimana mahu mengucapkan padanya bahawa aku sedang merinduinya. Benar aku memang tersangat merinduinya. Tapi aku tak bisa mengucapkannya. Kerana aku tahu dia sudah menjadi milik orang lain. Sejak awal perkenalan aku dengannya, dia sudah mula menceritakan yang dia sudah pun mempunyai tunang.
Sanggupkah aku merampasnya?? Bukan itu sifat ku untuk mengambil hak orang lain.

Hati aku memang tertanya-tanya. Bagaimanakan keadaan dia sekarang? Adakah dia dalam keadaan sihat ?
Sehingga sekarang aku masih menunggu panggilan darinya. Dari hari ke hari aku masih terus menanti. Ingin mengalirkan air mata ini untuk melepaskan rindu. Tapi aku tidak sanggup tangisi tunangan orang. 

Kadangkalanya, hati aku bertanya. Adakah aku masih menunggu dia? Walaupun dia sudah dimiliki. Harapan yang tinggi sepatutnya tidak perlu dipahatkan di hati ini. Walaupun dia sudah menjadi hak orang. Tapi tidak menghalang aku untuk mendoakan kebahagiaan dia. Mungkin Allah telah menetapkan sesuatu untuk aku. Dan aku sebagai hamba-Nya harus sentiasa berdoa kepada-Nya agar aku dipertemukan dengan insan yang benar mencintaiku dan menyayangiku kerana Allah S.W.T.. Dan aku masih menunggu insan itu.

Memang hati aku merinduinya tapi rindu ku hanya sebagai seorang sahabat, teman dan kawan. Aku tidak mahu digelar sebagai insan yang tidak mempunyai perasaan. Aku seorang perempuan dan aku teramat faham hati seorang perempuan. Aku amat bersyukur kerana aku dapat berkenalan dengannya walaupun hanya seketika. Mungkin ada rezeki aku dengan dia, aku akan bertemu dia semula. 

: : Saya doakan kebahagiaan awak ^_^ : :